Sunday 6 January 2013

Piala Sumbangsih: Kelantas tewas dalam penentuan penalti


Piala sumbangsih 2013

Aksi pemain dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
JURULATIH  Kelantan, c kecewa dengan persembahan pasukan bimbingannya pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyaksikan The Red Warriors tewas, semalam.

Katanya, walaupun mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua, namun anak buahnya gagal meningkatkan tempo permainan.

."Saya akui gol Indra Putra Mahayuddin pada awal separuh masa kedua telah menaikkan moral pemain.

“Namun kelekaan benteng pertahanan pada saat-saat akhir menyebabkan kita gagal untuk mencatatkan kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.

Dalam pada itu, Bojan turut menegaskan bahawa beliau ingin melupakan kekalahan semalam dan kembali fokus dalam saingan Liga Malaysia yang akan bermula minggu depan

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan kekalahan ini kerana yang lepas biarkan lepas.

“Apa yang penting sekarang adalah fokus bagi menghadapi Liga Super pada Rabu depan menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu,” jelas beliau yang turut menyifatkan kekalahan ke atas ATM akan menjadi pengajaran awal buat pemain bagi mempersiapkan diri menghadapi perlawanan seterusnya.

“Saya harap pemain akan bangkit pada perlawanan menentang PKNS nanti dan jadikan kekalahan ini sebagai satu pengajaran yang berguna,” jelas beliau.
Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment