Wednesday 16 January 2013

GDA: Kumpulan CN Blue, Kara Pilihan Rakyat Malaysia!



GDA: Kumpulan CN Blue, Kara Pilihan Rakyat Malaysia!
 

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang julung kalinya diadakan di Malaysia telah menobatkan kumpulan CN Blue dan Kara sebagai pemenang kategori Artis K-Pop Pilihan Malaysia, malam tadi, di Litar Antarabangsa Sepang.

Manakala, kumpulan Super Junior masih lagi mengekalkan takhta apabila mereka sekali lagi diberi kepercayaan untuk merangkul gelaran Album Sepanjang Tahun 27th GDA menerusi album Sexy, Free & Single.
Dalam pada itu, kumpulan Infinite yang dibarisi Sunggyu, Dongwoo, Woohyun, Hoya, Sungyeol, Kim Myung Soo dan Sungjong pula meraih dua anugerah iaitu Album Terbaik GDA dan Persembahan Berkumpulan Terbaik menerusi album Infinitize.

Selain Infinite merangkul anugerah Album Terbaik GDA, anugerah yang dihoskan oleh Nicole dari kumpulan Kara bersama vokalis CN Blue, Jung Yong Hwa turut menobatkan 8 kumpulan yang lain dalam kategori yang sama.

Lapan kumpulan tersebut ialah B1A4, CN Blue, 4 Minute, BEAST, Kara, Super Junio, FT Island dan SHInee.
Penganjuran GDA pada tahun ini menampakkan kelainan apabila pihak penerbit memilih untuk mengadakannya dengan berkonsepkan festival. Atas dasar itu, anugerah malam itu menampilkan kesemua pemenang kategori menyampaikan dua lagu popular masing-masing.

Pada bahagian pertama GDA telah menyampaikan 11 anugerah dengan dihadiri lebih 10,000 penonton yang bukan saja datang dari Malaysia tapi turut dipenuhi peminat K-Pop dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Berikut adalah senarai penuh pemenang GDA bahagian pertama:
1. Album Sepanjang Tahun- Super Junior
2. Album Terbaik- Infinite,B1A4, CN Blue, 4 Minute, BEAST, Kara, Super Junio, FT Island dan SHInee.
3. Artis K-Pop Baru Menyerlah- Juniel dan EXO K.
4. Anugerah Asia Tenggara MSN- Super Junior
5. Anugerah Terbaik JTBC-BEAST
6. Artis K-Pop Pilihan Malaysia- CN Blue & Kara
7. Bintang Harapan-BTOB
8. Bintang Paling Popular-SHInee
9. Penerbit Sepanjang Tahun-F N C ENtertainment
10. Persembahan Tarian Terbaik- JS dan Hyuna (Trouble Maker)
11. Persembahan Berkumpulan Terbaik- Infinite

Sumber : murai.com.my

No comments:

Post a Comment