DUA figura ini tidak asing lagi dalam industri seni lakonan. Kebanyakan drama lakonan mereka mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga mereka turut mendapat tempias populariti drama itu.
Jika Aiman Hakim Ridza cukup dikenali menerusi drama Vanilla Coklat dan Indera Jones, Anzalna pula tidak kurang hebatnya apabila mula mendapat perhatian menerusi lakonannya dalam drama Ramadan Terakhir serta Adam dan Hawa.
Namun, dalam meniti populariti sebagai anak seni, mereka juga tidak terkecuali memiliki pasangan dan bercinta seperti insan lain yang bukan bergelar selebriti.
Bagaimanapun, nasib percintaan mereka berdua jauh berbeza. Jika Anzalna kini bahagia bersama kekasihnya, Hanif Zaki, Aiman pula kini sudah kembali solo.
Biarpun sudah kembali solo, ramai pihak mengatakan Aiman sebelum ini sering dikawal oleh kekasihnya sehingga sukar didekati pihak media.
"Soal dikawal oleh kekasih sebelum ini tidak pernah ada. Saya tidak pernah biar atau benarkan hal peribadi dicampur dalam kerja. Namun, jika pasangan mahu memberi pandangan, saya akan terima.
"Tapi, jika mahu mengawal pergerakan atau mengarahkan saya, tidak sama sekali.
"Saya lebih selesa mendengar nasihat daripada ibu bapa saya sendiri," katanya.
Berbeza pula dengan Anzalna, keterbukaannya membawa kekasihnya dalam kebanyakan majlis hiburan membuatkan ramai pihak seakan-akan tidak senang dan menganggap Anzalna seperti mahu menunjukkan kekasihnya kepada umum.
"Saya sejujurnya berasa selamat kerana ada yang menemani dan menjaga saya.
"Tambahan pula, dia menawarkan diri untuk menemani saya sekiranya dia ada kelapangan dan bukan selalu pun dia menemani saya.
"Apatah lagi, sebagai pasangan kekasih, saya mengakui cukup rapat dengannya dan saya juga tidak punya teman lain selain dia dan keluarga," jelasnya.
Ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman solo, Anzalna berkata, biarpun mereka sering bersama, namun belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, apatah lagi, kedua-duanya sedang sibuk mengumpul duit.
"Apa yang boleh saya kata, seru belum sampai. Jika sudah sampai seru, saya tidak kisah untuk kahwin dalam masa terdekat atau tahun ini juga.
"Namun, buat masa ini, biarlah kami kukuhkan kewangan sebelum ke fasa yang seterusnya," ujarnya.
Azam Anzalna
Perjalanan kariernya pada tahun lalu cukup mencabar. Terpalit dengan kontroversi pergaduhannya dengan rakan seangkatan dalam program pencarian Dewi Remaja 2010/2011, Neelofa, nama Anzalna hampir-hampir busuk dengan insiden itu.
Mujur, perkara itu dapat diselesaikan dalam masa singkat dan Anzalna serta Neelofa sudah pun berbaik.
Menjadikan segala yang berlaku sebagai satu pengalaman dan pengajaran, tekad Anzalna, tahun ini dia mahu membuktikan bakat lakonannya dan bukannya menjadikan kontroversi sebagai satu platform untuk dia lebih dikenali.
"Bagi saya, apa yang berlaku sebelum ini ada hikmah dan saya sendiri tidak pernah mencuba mencari kontroversi. Saya tidak mahu orang kata saya mempertaruhkan fizikal dan rupa semata-mata serta cerita kontroversi.
"Malah, jika ada rezeki, saya mahu menceburi bidang pengacaraan dan nyanyian pula. Namun semuanya masih dalam perancangan saya sendiri dan saya belum mendapat sebarang tawaran mengenainya," katanya.
Idam genggam trofi
Dalam pada meniti perjalanan sebagai anak seni, Anzalna mengakui, teringin agar bakat lakonannya diiktiraf suatu hari nanti dan berpeluang menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik.
"Bila saya sudah tidak berlakon lagi nanti, saya mahu sesuatu yang akan menjadi kenangan manis saya seperti trofi yang saya miliki. Bukanlah saya berlakon untuk menggenggam trofi semata-mata, tapi saya mahu satu kenangan manis untuk saya.
"Malah, saya percaya, jika ada usaha dan kesungguhan yang berterusan untuk memberikan yang terbaik, pasti apa yang diangankan itu akan dapat direalisasikan," katanya.
Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Anzalna berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Mascara.
Aiman sukar didekati?
Mula mencipta nama dalam program realiti Mentor, laluan jejaka tinggi lampai ini dilihat lebih bersinar dalam bidang lakonan. Apatah lagi, sejak membintangi drama Vanilla Coklat, populariti Aiman naik mendadak.
Namun, semenjak itu, pihak media sukar untuk mendekati jejaka berusia 24 tahun ini dan keluhan itu mula kedengaran.
"Saya akui, ramai pihak sukar mendapatkan saya sebelum ini. Saya akui kesilapan itu datang daripada saya sendiri kerana sejak awal pembabitan saya, masa dan jadual kerja saya, diuruskan sendiri.
"Jadi, banyak perkara yang saya perlu belajar bila menguruskan kerja sendiri. Malah, ada ketikanya masa saya tidak tersusun kerana jadual. Tapi dari hari ke hari, saya belajar daripada kesilapan.
"Malah saya juga tidak rasa sukar bergerak tanpa pengurus dan menjadikan saya lebih berdikari dan senang bergerak tanpa mengharapkan orang lain," katanya.
Rupa paras jadi modal
Di sebalik limpahan populariti yang diterima, ada sesetengah pihak mendakwa, Aiman mempertaruhkan rupa parasnya yang kacak dan fizikalnya yang tinggi lampai sebagai modal dalam karier lakonannya.
Tidak cepat melatah dengan dakwaan nakal sesetengah pihak, Aiman menjelaskan segala yang terbuku di dalam hatinya.
"Saya ada di dalam industri pada hari ini bukan bersandarkan kepada fizikal semata-mata. Bagi saya karakter yang ada pada diri seseorang artis itu, membezakan dia dengan artis yang lain.
"Malah, apa yang saya lalui dan terima pada hari ini adalah satu rezeki dan saya bersyukur kerana punya laluan mudah untuk terus dikenali," katanya.
Berkongsi tentang perkembangan seninya, Aiman kini berada di Abu Dhabi bagi penggambaran drama Cinta Bertemu Di Abu Dhabi bersama Tasha Shila, Shahrizal Jaszle dan Fouziah Gous.
Selain itu, Aiman juga baru sahaja selesai menyiapkan klip video, Khalimah Janji, duetnya bersama Erni.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment