Tuesday 29 January 2013

Fizo Omar Kini Tauke 30 Gerai ‘Hot Burger’

Fizo Omar Kini Tauke 30 Gerai ‘Hot Burger’ 
 KUALA LUMPUR – Dalam diam, pelakon lelaki, Fizo Omar sudah pun bergelar ahli perniagaan.
Lelaki kacak itu sebenarnya sudah pun menjadi taukeh kepada 30 gerai ‘burger’ yang diberi nama ‘Hot Burger’.
Ketika ini, Fizo sedang mengajak belia dan anak-anak muda untuk menceburi bidang perniagaa yang sedang dia usahakan itu.
Kata Fizo, sudah lama dia ingin menceburi bidang perniagaan dan ternyata, usahanya itu berbaloi dan menjadi selepas melakukan kajianserta selidik tentang perniagaan ‘burger’
“Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilancarkan.
“Dalam sehari, kira-kira 3000 biji burger terjual. Selepas ini, saya mahu membuka gerai di Johor kerana banyak permintaan dari luar Kuala Lumpur,” kata Fizo yang dipetik dari laporan Beritah Harian.
Dengan keterujaan perkembangan perniagaannya itu, Fizo ketika ini dalam perancangan untuk membuka 100 lagi gerai di sekitar Lembah Klang penghujung tahun ini.
Cara anak kelahiran negeri Kelantan itu berniaga juga terlalu mudah.
Dengan mengajak belia dan anak-anak muda, Fizo hanya menjadi pembekal bahan mentah kepada projek perniagaan itu.
Malah, modal dan gerai yang diberikan kepad ayang berminat untuk menjalankan perniagaan dengannya juga diberikan secara mudah.
Kata Fizo, tujuannya mengajak belia menjalankan perniagaan seperti itu adalah hanya kerana ingin berkongsi panduan berniaga yang mudah.
“Saya membekalkan bahan menghasilkan burger seperti daging, sos dan sebagainya. Saya bekalkan semua bahan itu kepada belia atau individu yang berminat membuka gerai Hot Burger.
“Apa yang penting, modal dan gerai saya beri secara percuma. Motif utama saya sudah tentu mahu membantu belia selain berkongsi panduan berniaga secara mudah,” katanya.
Sumber : mynewshub.my

No comments:

Post a Comment