SUNGAI LALANG - Adik Nurul Huda Mohd Asri, 9, dari Kampung Berapit, Tikam Batu, yang menghidap kanser otak masih belum dibenarkan keluar hospital sejak dimasukkan ke wad 7 Disember lalu.
Bapanya, Mohd Asri Hamid, 39, berkata, sudah lebih sebulan anak bongsu dari empat beradik itu di hospital dan kini keadaannya semakin lemah dan tidak bersemangat.
“Dia juga tidak lalu makan dan minum serta pergerakannya tidak aktif seperti sebelum ini. Perbelanjaannya juga semakin bertambah dengan kos yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui, semalam.
Mohd Asri, yang bekerja sebagai pembantu gerai dekat Sungai Lalang, Bedong, buntu memikirkan jalan terbaik mengenangkan nasib anak yang masih muda.
“Mengenangkan rakan sebayanya yang ke sekolah, hati rasa tersentuh melihatkan keadaannya.
“Dia juga memerlukan bekalan darah yang sentiasa perlu ditambah setiap hari sehinggakan kami anak beranak serta saudara terdekat semuanya sudah menderma darah untuknya. Dengan harapan dia kembali aktif dan bersemangat seperti sedia kala,” katanya.
Menurut Asri, minuman kesihatan tambahan yang diamalkan Nurul Huda sejak setahun lalu juga terpaksa dihentikan akibat tidak mampu.
“Mungkin disebabkan itu, Nurul Huda dilihat tidak bertenaga dan sering letih.
“Nurul Huda juga mempunyai dua abang, Aimi Iskandar, 10, dan Mazidul Shahrin, 14, yang masih bersekolah dan yuran persekolahan mereka belum lagi dibayar,” katanya.
Katanya, doktor ada menasihatkan supaya anaknya yang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dibawa mendapatkan rawatan ke hospital swasta, namun dengan keadaan sekarang, dia masih belum mampu sekiranya kos yang diperlukan mencecah ribuan ringgit.
Bagaimanapun, Mohd Asri meminta ehsan orang ramai yang ingin membantu melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0212441000026039 atas nama Mohd Asri Hamid atau menghubunginya di talian 017-4327965.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment