Saturday 19 January 2013

Susulan cerita hantu UITM lendu : Apakah gambar ini merungkai kejadian di UiTM Melaka?

Apakah Ini Gambar Kepada Kekecohan Rasuk Di UiTM Melaka? 

KUALA LUMPUR – Kalau anda jenis lemah semangat jangan tenung lama-lama gambar di atas.
Kalau anda jenis berani, lihat di celah-celah besi di belakang gadis dalam gambar itu.
Apa yang anda nampak?
Seolah-olah ada sesuatu bukan di kejauhan itu.
Persoalannya kini apakah ia hanya satu bentuk bayangan di sebuah pokok atau mungkin juga satu gurauan?
Dengar kata ia adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang kecoh dengan pelbagai kisah seram buat masa ini.
Ada yang mengatakan imej dalam gambar itu adalah orang minyak.
Selain itu, tersebar kisah bahawa rasuk dan histeria sedang berleluasa di sana.
“Dengar kata semalam ada budak-budak membuat program Tarian Ulik Mayang yang menyebabkan mula berlaku gangguan,” menurut seorang pensyarah ketika dihubungi di Melaka malam ini.
Apa yang diketahui, kekcohan yang berlaku menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu mengadakan bacaan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama malam ini.
Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian pelajar terutama yang duduk di tempat yang berhampiran dengan kampus kembali ke rumah masing-masing.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ketika dihubungi Mynewshub.my memberitahu beliau belum lagi menerima sebarang laporan mengenai kekecohan di UiTM Lendu malam ini.
Beliau bagaimanapun memberitahu akan melihat kepada isu itu.
Sumber : mynewshub.my

No comments:

Post a Comment