Wednesday 6 February 2013

Yusuf Haslam berang sikap Shamsul

Kuala Lumpur: “Saya sayangkannya, sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production.
“Syamsul perlu tahu kalau bukan kerana bapanya, orang tidak akan mengenalinya,” kata pengarah dan produser filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, 59.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq4ZxsXPRdNVu90DXFOOgAZwVB9FDQuQGFMwlRiPEOEG_ivMIy8hbC_J3wy1i1SmE8yxEMWqX-Z1CYGf7tafHmtUWFvWswgW75LqMi0A8A3dQLSavlwaE2yyPAgSZl8vrN8_dfzViu1U8/s1600/syamsul+&+yusof+haslam.jpg 
Itu luahan hati dan kata semangat dilahirkan Yusof terhadap anaknya, Syamsul, 29, untuk bekerja lebih keras bagi menghasilkan filem bermutu selain melebarkan sayap dalam pengarahan filem.
Kata-kata itu dilahirkan sejurus ditanya mengenai hubungannya bersama Syamsul yang dikatakan semakin renggang akibat sikap pengarah muda itu melengah-lengahkan masa dalam proses suntingan filem KL Gangster 2.

Menurut sumber, hubungan dua beranak itu kembali tegang sejurus Syamsul didakwa melewatkan proses suntingan filem terbabit selain tindakannya membintangi filem arahan produksi baru, menyebabkan bapanya semakin ‘menyirap’.

Kata sumber, tindakan itu disebabkan Syamsul mahu ‘membalas dendam’ terhadap bapanya selepas mereka berhadapan beberapa masalah terutama berkaitan sikap pengarah muda itu.
“Akibat berang tindakan anaknya, Yusof memberikan amaran itu filem terakhir yang akan diarahkan Syamsul selain menyatakan hasrat menyertai tabligh berikutan terlalu kecewa,” kata sumber.

Yusof ketika dihubungi berkata, dia menafikan dakwaan terbabit dan sengaja memberi acahan kerana mahu meningkatkan motivasi anaknya untuk bersungguh-sungguh menghasilkan filem berkualiti.
“Saya tidak tahu kenapa dia (Syamsul) menerima tawaran lakonan filem Oh Mak Kau!, tambahan pula tindakan tidak matangnya menjejaskan nama sendiri. Bagaimanapun, sebagai bapa dan majikan, saya sentiasa menyokongnya selain menasihatinya,” katanya mahu memperbaiki hubungan itu.

Ditanya sama punca masalah itu disebabkan putus cinta, Yusof berkata, masalah cinta bukan sebab anaknya bersikap demikian, tetapi Syamsul hilang fokus selepas meraih banyak anugerah.

“Sebelum ini, Syamsul mampu menyiapkan tiga filem dalam setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat, namun KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap,” katanya menjanjikan filem itu akan ditayangkan pada Jun ini atau selewat-lewatnya Ogos depan.

Bagaimanapun, Yusof mengakui anaknya memiliki hasil kerja berkualiti, lakonan mantap dan percaya anak muda itu mampu menerajui Skop Production suatu hari nanti.

“Saya orang susah, sepanjang 29 tahun syarikat ini tertubuh, saya tidak mahu ia lenyap begitu saja. Apa yang saya miliki sekarang untuk Syamsul dan Syafiq,” katanya.

Kata Yusof, Syamsul perlu memanfaatkan masa sebaiknya kerana setiap detik adalah pendapatan.

“Dia (Syamsul) perlu menghargai apa yang dia miliki sekarang,” katanya.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment