Chukai: Takut selepas mengetahui kandungan luar nikahnya berusia lebih sebulan, seorang pelajar 15 tahun yang mendapati teman lelakinya mula berubah laku, nekad membuat laporan polis.
Pelajar Tingkatan Tiga dari Kampung Pengkalan Ranggun, dekat sini, dalam laporannya mendakwa berkenalan dengan suspek sejak Julai lalu sebelum mula keluar bersama sebulan kemudian dan mengikut lelaki terbabit yang juga penduduk sekampung ke rumah sewanya.
Menjauhkan diri
“Mangsa mendakwa diperko-sa suspek di rumah sewa itu dan perbuatan sama berulang di beberapa lokasi lain hingga akhirnya dia mengandung, namun kejadian tidak diketahui keluarganya. Sebaik tahu gadis itu mengandung, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh di Gebeng, Kuantan, mula menjauhkan diri.
“Suspek juga menghilangkan diri serta tidak mahu bertanggungjawab, menyebabkan mangsa bimbang dan membuat laporan di Balai Polis Kertih, Jumaat lalu,” kata sumber sambil menambah, mangsa dalam laporannya juga mendakwa kali terakhir suspek merogolnya 2 Januari lalu.
Katanya, mangsa yang berasa tidak sihat dan sakit perut sebelum itu mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik di Kertih sebelum disahkan mengandung lebih sebulan.
Buru suspek
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam, yang mengesahkan laporan gadis terbabit, berkata polis sudah mengenal pasti dan sedang memburu suspek berusia 21 tahun itu untuk membantu siasa-
tan kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

No comments:
Post a Comment