Wednesday 23 January 2013

'Saya Bukan Pondan Dan Mampu Kahwin' - Roslan Shah

Roslan Shah 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Roslan Shah kecewa apabila terdapat rakan artis yang menuduhnya pondan selepas dia mendedahkan hasrat hati untuk berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin, 41, berkata, dia benar-benar sedih dengan fitnah itu yang dibuat tanpa memikirkan hati dan perasaannya.
“Saya mengaku, saya seorang lelaki lembut tetapi saya bukan pondan yang berpakaian wanita. Saya mampu mempunyai isteri dan insya-Allah boleh mendapatkan zuriat,” katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas statusnya untuk mendirikan rumah tangga ditertawakan sesetengah pihak.
Roslan berkata, apa yang mengejutkan tuduhan yang tidak enak itu datangnya daripada rakan artis sendiri yang sentiasa memandang buruk terhadap apa juga perkara yang beliau lakukan.
Mereka seharusnya menyokong usaha murninya apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang dituntut dalam agama.
“Pelik atau tidak bila kita nak buat benda baik, kawan-kawan sendiri yang mahu melihat ia gagal? Tidak kiralah saya ini berlatar belakang apa sekali pun, jika seseorang itu mahu menjadi lebih baik, kita harus menyokongnya dan menegah kepada perkara keburukan.. Ia adalah tuntutan agama,” jelasnya.
Tambah Roslan, bakal isterinya tiada halangan dengan sifatnya sebagai lelaki lembut malah wanita berkenaan lebih menyenangi individu berperwatakan seperti itu.
“Alhamdulillah... wanita itu senang dengan sikap saya. Dia kata saya seorang yang kelakar. Dia lebih mempercayai orang seperti saya daripada sesetengah lelaki lain yang mungkin akan bermain kayu tiga,” katanya.
Ditanya mengenai identiti wanita tersebut Roslan menjelaskan, kekasihnya itu berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berusia 29 tahun.
Tanpa mahu mendedahkan dengan lebih jelas mengenai wanita itu, Roslan memberitahu perkenalan mereka berlaku ketika Roslan mengadakan persembahan sempena Fiesta Jom Heboh anjuran TV3 di Kelantan kira-kira tiga tahun lalu,
“Dari situlah kami kenal sehinggalah saya membuat keputusan untuk berkahwin degannya.
Sekarang saya dah kumpul duit sikit demi sikit. Insya-Allah, nanti cukuplah untuk buat kahwin.
“Kalau tak ada masalah, saya nak ajak kawan-kawan wartawan pergi ke Kelantan masa nikah saya nanti,” katanya yang mengharapkan doa semua peminat terhadap impian perkahwinan itu.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment