Tuesday, 29 January 2013

Anak jatuh balkoni tingkat tujuh

pix_topright 
“Saya memang bimbang dengan perlakuannya yang hiperaktif. “Tetapi, saya tidak menyangka anak tunggal kesayangan yang diletakkan di rumah pengasuh sejak Mei tahun lalu itu akan meninggal dunia dengan cara sebegitu,” kata Siti Nur Jannah Azman, 24.
Beliau mengulas mengenai anaknya Muhamad Adam Zafuan, 6, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Apartmen Sutra Mas, Puchong Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, perasaan bimbang mengenai kemungkinan anak lelakinya itu terjatuh kerana gemar memanjat balkoni menjadi kenyataan apabila anaknya ditemui dalam keadaan berlumuran darah Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Muhamad Adam, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang akibat parah di kepala dan badan.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan yang hiperaktif memanjat pagar balkoni rumah pengasuhnya di tingkat tujuh setinggi lebih satu meter sebelum terjatuh.

Kejadian itu tidak disedari pengasuhnya yang berada dalam rumah dan sebaik dihubungi ibu mangsa yang menyuruh melihat Adam, pengasuh terbabit mendapati kanak-kanak itu sudah terjatuh dari balkoni.

Siti Nur Jannah berkata, anak tunggalnya itu seorang kanak-kanak hiperaktif dan suka bermain di balkoni di rumahnya di tingkat lima, apartmen sama, selain di pangsapuri ibunya di tingkat 15, Jalan Kuching.
“Sebelum kejadian, ibu saya menghantar Adam ke rumah pengasuhnya itu jam 9 pagi sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan setengah jam kemudian.

“Ketika itu saya berada di tempat kerja apabila dihubungi rakan yang tinggal di kawasan sama dan memaklumkan Adam terjatuh dari balkoni sebelum menghubungi pengasuh supaya melihat Adam dan mengesahkan anak saya itu terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kami sudah memanggil pengasuh untuk memberi keterangan,” katanya.
Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment