KURANG dua minggu saja lagi, pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay, 24, menanti detik bahagia bergelar isteri.
Memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan.
Namun, dalam keterujaan itu, pasangan ini dihimpit kontroversi menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.
Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.
Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan badan, akhirnya, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon, mengeluarkan rasa terkilan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,
"Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.
"Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu," katanya dengan nada kesal.
Persiapan kahwin
Tidak mahu memanjangkan kontroversi itu, Habsah mengakui dia dan keluarga lebih tertumpu kepada persiapan perkahwinan.
"Saya malas nak fikir banyak mengenai perkara itu. Begitu juga dengan Liyana, lebih baik kami endahkan sahaja dan fokus kepada majlis yang bakal berlangsung.
"Alhamdulillah, segala persiapan termasuk undangan telah siap dibuat dan kini hanya tinggal yang picisan sahaja.
"Memandangkan majlis itu dibuat pada hari yang sama, saya hanya berharap agar perjalanan majlis itu berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dijadualkan,' katanya yang turut mengakui bakal menantunya tidak akan menghalang karier seni Liyana.
Bibit perkenalan
Mungkin ramai tidak tahu, kisah cinta antara pelakon filem, Papadom dan tunangnya itu, mula berputik dengan satu pesanan ringkas (SMS) sahaja dan mereka berjiran.

Dari saat itu, mereka terus berhubung melalui telefon dan pertemuan pertama mereka bertempat di restoran dengan ditemani rakan.
Fathuddin pernah menghadiahi Liyana satu bakul bunga mawar merah dengan seleksi coklat kegemarannya.
Mereka juga pernah bersekolah di sekolah yang sama dan Fathuddin adalah seniornya.
Pada 29 Mac lalu, mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan menetapkan 24 Januari sebagai tarikh pernikahan.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, majlis itu ditunda pada 2 Februari ini setelah Liyana pulang ke tanah air setelah menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat.
Majlis akad nikah dan persandingan mereka akan diadakan pada hari sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment