Sunday 27 January 2013

Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo

Tiz dan Remy kembali bergandingan dalam sebuah drama cinta berjudul XoXo arahan Kabir Bhatia. 
PETALING JAYA: Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin.
Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.
Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.
Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.
Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.
XoXo turut menampilkan pelakon Nadiya Nissa. 
Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!
Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.
Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.
Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.
Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.
Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.
Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.
Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXopada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment