Tuesday 30 April 2013

Isu Hiburan: Norman Tetap Bidas PAS, Ahmad Idham Anggap Fikiran Sempit

Admad Idham (kiri) dan Norman Abdul Halim
 
PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.

"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.

"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.

Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.
 
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.

Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.

Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.

"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.

Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.
 
Pemikiran sempit

Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.

"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.

"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.

"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.

Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.

Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.

Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.

Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Aznil Tidak Tahu Isu Perbalahan Dengan Zain Saidin

Aznil
 
KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk Aznil Nawawi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Zain Saidin tidak sebarang masalah walaupun mereka dikaitkan dalam perbalahan menerusi program Masterchef Selebriti 2 yang disiarkan di Astro Ria pada malam Ahad lalu.

Aznil berkata, dia masih tidak mengetahui punca sebenar perbalahan itu sehinggalah Zain menjadi peserta kedua meninggalkan program tersebut.

"Ketika perbalahan itu berlaku saya sendiri tidak mendengar butirannya dan tidak berkesempatan untuk menonton episod berkenaan kerana berada di Johor.

"Saya ada diberitahu oleh Lydiawati dan Rozita Che Wan yang Zain di antara lain berbalah tentang keputusan juri yang memilih saya sebagai pemenang cabaran pada episod sebelumnya.

"Bagaimanapun saya dan Zain tidak pernah bercakap mengenainya dan saya tidak boleh terus membuat apa-apa kesimpulan. Jadi saya anggap tiada sebarang masalah di antara kami," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ceria Popstar di Restoran Full House di sini, Isnin.

Zain Saidin
 
Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau percaya Zain mempunyai alasannya tersendiri apabila meluahkan pendapatnya sehingga menimbulkan kekecohan itu namun cara yang digunakan mungkin salah.

"Dia masih muda dan mempunyai pelbagai pandangan cuma barangkali caranya itu tidak betul," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aznil memberitahu beliau bakal bertindak sebagai penaung program Ceria Popstar yang bertanggungjawab untuk memimpin para peserta berumur 10 hingga 15 tahun membina keyakinan mereka ketika berada di pentas.

"Saya lebih berperanan sebagai ayah kepada peserta dan akan memastikan segala aspek dan persediaan mereka berada dalam keadaan baik," ujarnya.

Ceria Popstar bakal bersiaran setiap hari Ahad bermula 5 Mei ini pada pukul 11.30 pagi di saluran Astro Ceria.

Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Pelagak ngeri maut ketika seberangi sungai

ORANG ramai menyaksikan aksi berani Sailendra Nath Roy bergantung pada seutas tali untuk menyeberangi Sungai Teesta. Dia kemudian maut kerana terkena serangan jantung.


KOLKATA - Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu. 

Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu. 

Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.

Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy. 

"Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat," kata seorang pegawai kanan polis tempatan, K. Jayaraman.

Selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy. 

Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung. 

Terdahulu, Roy pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway. - AFP. 

pirateman : aduihh..inilah akibat nak kejar sangat rekod dunia. Pasukan keselamatan pun tak ada, bila dah jadi macam tu kan susah.

Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!'

Zain Saidin
Zain Saidin dan Rozita Che Wan
 
Twitter Zain Saidin
Twitter Zain Saidin
 
Zain Saidin
Zain Saidin
 
BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.
Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2
Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?
Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Monday 29 April 2013

Upah pukul terus bunuh

 

Subang Jaya: Tidak tahan dipukul suami, seorang wanita berusia lewat 30-an sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah lelaki terbabit dengan bantuan kekasih barunya.

Biarpun niat asalnya hanya mahu ‘mengajar’ suami berusia 40 tahun itu, namun tiga samseng yang menerima upah RM3,600 daripada wanita terbabit membelasah mangsa sehingga mati dalam kejadian di rumahnya di USJ, di sini, awal pagi semalam.

Panik dengan keadaan mangsa, tiga lelaki terbabit yang bersenjatakan parang cuba melarikan diri meninggalkan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, dua daripada mereka ditangkap orang awam di tempat kejadian, jam 4.45 pagi.

Menurut sumber, hasil siasatan lanjut terhadap penahanan dua lelaki berusia lewat 20-an itu, polis menahan dua lagi lelaki dan isteri mangsa yang disyaki dalang utama pembunuhan berkenaan.


“Kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh empat jam dengan penahanan kelima-lima suspek,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang juga pemandu lori sering meninggalkan rumahnya dan mengesyaki isterinya berlaku curang.

“Disebabkan itu, mangsa sering memukul isterinya itu. Setiap kali dipukul, wanita terbabit akan mengadu kepada teman lelakinya,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit yang tidak mahu hidup dengan suaminya itu meminta bantuan kekasihnya bagi mencari jalan penyelesaian.

“Mereka berdua berpakat mengupah tiga samseng dengan bayaran RM3,600 bagi memukul mangsa. Difahamkan, wanita yang dibantu kekasihnya itu hanya mengarahkan mangsa dicederakan atau mematahkan beberapa bahagian anggota badannya.


“Namun, dalam serangan tiga samseng upahan yang bersenjatakan parang itu, mangsa terbunuh,” katanya.


Melihat mangsa mati, ketiga-tiga lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi dua daripada mereka ditahan orang awam sebelum menyerahkan mereka kepada polis.


“Ketika soal siasat, dua lelaki itu mengaku mereka diupah isteri mangsa dan teman lelakinya dengan bayaran RM3,600,” katanya.


Susulan pengakuan kedua-dua suspek, isteri mangsa dan teman lelakinya serta seorang lagi suspek ditahan berasingan.


Katanya, polis mengambil mangsa kurang empat jam bagi menyelesaikan kes pembunuhan itu dengan penahanan semua suspek.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi, mengesahkan penahanan berkenaan dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Pasangan maut dirempuh lori

BEGINILAH keadaan kereta Proton Savvy yang terlibat nahas hingga mengorbankan Hassan dan Aliana (gambar kecil) di Mersing semalam.


MERSING – Hasrat tiga beranak untuk menghadiri majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Savvy yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Mersing-Kota Tinggi di sini semalam.

Kejadian yang melibatkan lima buah kenderaan pada pukul 9.45 pagi itu mengorbankan Hassan Ahmad, 38, dan isterinya, Azliana Mohd. Shari, 30, manakala anak mereka, Nuri Yasmin, 9, parah.

Azliana meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya maut ketika menerima rawatan di Hospital Mersing. Nuri Yasmin yang cedera di kepala kini stabil selepas dirawat di hospital yang sama.

Difahamkan, keluarga mangsa tertinggal dari konvoi yang dalam perjalanan dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi ke Felda Tenggaroh di sini untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori lima tan yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh empat buah kereta.

Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Susulan derita kanser mata: Ibu redha pemergian Muhammad Azim


kanser mata
Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.
 
kanser mata
Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.
 
KUALA KRAI - Penderitaan pesakit kanser mata, Muhammad Azim Nor Hazri, 4, dari Kampung Keroh, dekat sini, sejak dua tahun lalu berakhir apabila kanak-kanak itu meninggal dunia, semalam.
Muhammad Azim yang kisahnya disiarkan Sinar Harian akhir Februari lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, jam 12.25 tengah hari.

Allahyarham yang disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Februari lalu selepas keadaan penyakitnya bertambah teruk.

Ibu Muhammad Azim, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, keadaan anak bongsunya daripada tiga beradik itu tiba-tiba semakin teruk selepas menjalani rawatan kimoterapi, Ahad lalu.

“Rawatan kimoterapi kali ini dibuat berterusan dan kali terakhir Ahad lepas. Selepas rawatan terakhir, saya risau sebab dia asyik muntah-muntah kerana sebelum ini, dia tak pernah muntah selepas kimoterapi,” katanya.

Nik Zuraidah berkata, dia bercadang memohon kebenaran daripada pihak hospital untuk membawa pulang Muhammad Azim ke rumah mereka di Kampung Keroh, Khamis ini, namun nampaknya tak kesampaian.

“Selepas dua tahun menanggung derita termasuk tiga bulan terakhir terlantar di hospital, saya reda dengan pemergiannya,” katanya selepas pengebumian Muhammad Azim, semalam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keroh, dekat sini, selepas solat Asar.

Penderitaan Muhammad Azim mula mendapat perhatian ramai apabila kisahnya yang terlantar di hospital disiarkan Sinar Harian pada 22 Februari lalu.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan, antaranya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berkongsi kisah Muhammad Azim dalam laman sosial facebook Menteri Besar Kelantan.

Ketumbuhan pada mata kiri kanak-kanak itu mula dikesan pada pertengahan 2011 dan seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan dan kimoterapi.

Sementara itu, Nik Zuraidah berkata, keluarganya ada menerima sumbangan daripada masyarakat yang prihatin selepas kisah Muhammad Azim disiarkan dan mengucapkan terima kasih atas bantuan berkenaan.

“Hanya ALLAH sahaja dapat membalas segala jasa dan budi baik semua pihak yang menghulurkan sumbangan dan menziarah Muhammad Azim sepanjang dia berada di hospital,” katanya.


pirateman : Al-fatihah..syurga sudah pasti setelah menanggung penderitaan yang lama. Diharap keluarga arwah tabah menghadapi dugaan..
 
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Sharnaaz Ahmad Anggap Twitter Boleh Musnahkan Hidup

Sharnaaz Ahmad 
PETALING JAYA: Selepas kontroversi kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad tidak direstui keluarga berakhir, pelakon lelaki itu mengambil langkah tidak lagi aktif menggunakan mana-mana laman sosial Internet.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia menyifatkan laman sosial terutamanya seperti Twitter boleh memusnahkan kehidupan seseorang tanpa disedari kerana ia mampu mewujudkan salah faham, pergaduhan dan rasa kecil hati terhadap mana-mana pihak.
"Sekarang ini saya sudah kurangkan penggunaan Twitter di mana saya tidak lagi berkongsi hal-hal peribadi di laman itu, hanya sekadar mempromosikan kerja-kerja saya sahaja.
"Apa yang dilalui sebelum ini saya sudah belajar. Bagi saya, masyarakat sudah menyalahgunakan Twitter dengan menceritakan setiap hal yang berlaku dalam hidup ke laman itu.
"Ia sekali gus memberikan sudut pandangan yang berbeza-beza daripada pihak yang membacanya," kata Sharnaaz kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Sharnaaz, dia juga tidak mahu berkongsi sebarang cerita mengenai kisah kehidupan peribadinya kepada umum.
Malah ditanya adakah dia menemui pengganti lain selepas Shila, Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu
"Cukuplah, dengan kejadian sebelum ini. Bercakap pun salah, berdiam pun salah.
"Langkah terbaik ialah saya tak mahu cakap fasal hal peribadi lagi. Nanti tempiasnya akan terkena kepada keluarga saya. Kasihanlah mereka," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama Mira untuk saluran Astro Ria.
Sementara itu, bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Sharnaaz berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mengundi.
"Ini merupakan kali kedua saya mengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Datuk Keramat, bawah parlimen Jelutong. Ini adalah satu kewajipan kita sebagai rakyat," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan muncul dengan filem Gila Baby arahan Khabir Bhatia dan Mukhlis di TV2.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Hazama Terkejut Dituduh Menyinggung Hati Izara Aishah

Hazama
PETALING JAYA: Penyanyi Hazama terkejut dituduh menyinggung perasaan pelakon Izara Aishah sehingga wanita itu membuat keputusan untuk tidak mahu berlakon dengannya bagi mana-mana drama mahupun telefilem.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29, berkata, khabar angin itu membuatkan dia berasa pelik kerana mereka masing-masing tidak pernah bertegur sapa.
"Rasa nak tergelak apabila membaca khabar angin tentang saya dan Izara. Ya, saya kenal dia sebagai pelakon, tetapi kami tidak pernah bertegur, berbual mahupun berkawan. Bekerjasama dalam satu produksi apatah lagi.
"Cuma saya dapat tahu yang dia pernah menolak tawaran berlakon telefilem Addy Valentinokerana ada saya dan saya tak tahu apakah sebabnya. Tetapi hal itu berlaku pada tahun lepas. Mengapa baru sekarang ia dibangkitkan?
"Bagaimanapun, sekiranya benar gosip mengatakan dia tidak mahu terima mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan saya, ia tidak ada masalah. Saya hormat keputusan itu dan pada masa sama akan tertanya-tanya dalam diri saya apakah puncanya," kata Hazama yang dihubungi mStar Online, di sini pada Ahad.
Izara Aishah
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Izara pernah menolak tawaran menjayakan sebuah telefilem kerana enggan bergandingan dengan Hazama gara-gara penyanyi itu pernah menyinggung perasaannya.
Hazama dikatakan terlepas cakap dan membuatkan Izara kurang senang dengan kelantangan mulut penyanyi itu sehingga membuatkan dia menolak mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan Hazama dalam satu produksi.
Dalam pada itu Hazama yang mula menjinakkan diri di bidang lakonan itu berkata, dia enggan mengambil peduli terhadap gosip yang dianggap remeh itu kerana ia tidak memberikan faedah kepadanya.
"Saya tak tahu siapa yang bawa mulut bercakap tentang perkara ini, lebih baik saya buat tak tahu sahaja.
"Lagipun ia sebuah gosip yang tidak sesuai dengan usia saya yang hampir menginjak 30 tahun ini," selorohnya.
Tambah Hazama sebagai seorang lelaki yang dirasakannya tidak sempurna, dia sering mengelakkan diri daripada mendekati wanita-wanita cantik kerana bimbang dipandang serong oleh segelintir pihak.
"Saya bukannya seorang lelaki yang suka merapatkan diri dengan wanita-wanita cantik. Saya tahu, mungkin ada perangai buruk saya yang orang kurang berkenan, saya tak pasti.
"Mungkin juga saya terlalu lantang membuatkan orang tidak senang, itu pun saya tak pasti. Cuma yang pasti, saya jarang melepak dengan artis daripada bidang lakonan. Dan gosip ini satu benda yang mengarut," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hazama bakal muncul dengan album baharunya berjudul Penglipur Lara dengan menampilkan sebanyak sembilan buah lagu berkonsepkan Pop Melayu.
Dengan kerjasama komposer Omar K dan Audi Mok, antara lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Semalam, Akhir Cerita, Ulik Mayang serta sebuah lagu ciptaannya sendiri iaituDengarlah.
Sumber : mStar Online
Reply To This Comment

Sunday 28 April 2013

Van Persie tak layak

London: Arsene Wenger langsung tidak menghiraukan bekas pemainnya di Arsenal, Robin van Persie apabila menegaskan Michael Carrick sepatutnya menjadi Pemain Terbaik Tahunan.
“Saya lebih senang memilih Carrick. Dia boleh bermain di Barcelona dan boleh menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka,” kata Wenger.

“Dia mempunyai pandangan yang bagus, seorang pemain yang bijak dan juga kerana apa yang dicapainya sepanjang karier.” Sumbangan 24 gol oleh Van Persie dalam 31 perlawanan bersama Manchester United melonjakkan kelab itu ke mercu kegemilangan selepas berpindah dari Arsenal dengan bayaran £22 juta (RM103.2 juta) musim lalu.
Penyerang Belanda berusia 29 tahun itu sudah pasti akan menerima layanan kasar sebaik kembali ke Stadium Emirates sebagai juara bersama United malam ini.

Begitupun Wenger berkata, rakan sepasukan RvP, Carrick, 31 lebih layak menerima anugerah Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) itu.

“Robin pernah mengalami kemarau jaringan pada satu ketika. Undian dibuat pada masa itu dan ia mungkin akan memberi kesan kepadanya.
Foto
VAN Persie.
“Luis Suarez pula memusnahkan peluang meraih ganjaran itu! Anda juga ada Gareth Bale tetapi Carrick adalah pemain yang kurang diberi tumpuan di England.

“Ada kalanya bukan saja penyerang perlu diberi ganjaran tetapi juga pemain sejati yang menjadi nadi permainan. Carrick berhak menerimanya.
“Saya akan memilih Carrick kerana Robin sudah mendapatkannya musim lalu. Berikan saja kepada pemain yang berbeza. Dia melakukan hantaran berkualiti.” Wenger turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah jika pemainnya mengucapkan tahniah kepada United kerana kejayaan mereka sebelum perlawanan utara London malam ini.

“Dalam hidup, lakukan sebaik mungkin dan jika ada yang lebih kuat daripada anda, hormati mereka,” katanya.

“Ia bukan mudah tetapi saya bangga bekerja di England di mana budayanya menghormati mereka yang menang.” - Agensi
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Rasukan sindrom comel

Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.
Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Foto
Beberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek.

Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.
 Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Mayat hanyut 15km

Kuala Kangsar: “Saya terpandang susuk tubuh manusia terdampar di tebing sungai. Saya tak sangka ia mayat seorang gadis,” kata peniaga, Mohd Yunus Abd Hamid, 60, yang menemui mayat seorang daripada tiga mangsa yang maut dihanyutkan ‘kepala air’ di air terjun Sungai Tempias, dekat sini, petang kelmarin.
Junus mendakwa dia yang menyapu sampah berhampiran gerainya di Kampung Labu Kabung, di sini, terkejut terlihat objek menyerupai manusia terbaring di tebing sungai tidak jauh dari gerainya.

“Saya segera memanggil anak untuk melihat objek itu selepas berasa was-was sama ada ia manusia atau sebaliknya.
“Namun saya terkejut apabila melihat siku dan dan seluar dalam dipakai mangsa,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Menurutnya, dia segera memaklumkan kejadian itu polis dan bomba sebelum mayat mangsa dibawa naik dari tebing sungai itu.

“Saya sukar percaya mayat itu dihanyutkan lebih 15 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Paya Lintah ke kawasan ini,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang lemas dihanyutkan `kepala air' di air terjun Sungai Tempias.
Mayat mangsa ketiga itu kemudian segera dihantar ke bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, empat remaja yang mandi di sungai itu dihanyutkan ‘kepala air’ di kawasan Sungai Tempias, Kampung Paya Lintah, di sini.
Dalam kejadian itu, dua beradik kembar, Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, dan Muhammad Khairul Azuan, 18, yang mandi di sungai turut dihanyutkan arus deras.

Muhammad Khairul bagaimanapun terselamat selepas berpaut pada dahan kayu manakala kembarnya, Khairul Safuan dihanyutkan arus deras sungai.

Mayat mangsa pertama, Muhammad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh, lima kilometer dari lokasi dia dihanyutkan.

Usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan anggota polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM3) sebelum mayat kedua, seorang gadis ditemui jam 10.30 malam kelmarin.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Tiga sahabat lemas ditelan kepala air

Tiga sahabat ditemui maut
Lokasi perkelahan Batu Hampar yang menyaksikan tiga mangsa terkorban.
Tiga sahabat ditemui maut 'Kalau
Mayat Muhammad Khairul Safuan dibawa keluar dari lokasi kejadian.
PADANG RENGAS – “Kalau umur aku panjang...aku nak kahwin waktu usia 24 tahun nanti, insya-ALLAH...” Itu merupakan hasrat terakhir yang dinyatakan Allahyarham Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, 18 kepada abang kembarnya, Muhammad Khairul Azuan sebelum ditemui lemas di kawasan perkelahan Batu Hampar, Kampung Paya Lintah, di sini, kelmarin.

Muhammad Khairul Safuan dihanyutkan air deras dalam kejadain pada kira-kira jam 5.30 petang di kawasan perkelahan itu sewaktu mandi-manda bersama Muhammad Khairul Azuan serta tujuh rakan lain.

Menurut Muhammad Khairul Azuan, sehari sebelum kejadian, mangsa telah beberapa kali mengulangi ayat 'kalau umur aku panjang' seolah-olah memberi petanda dia akan pergi menghadap Ilahi.

Katanya, pada mulanya dia agak terkejut dengan impian adik kembarnya itu kerana mangsa belum mempunyai teman istimewa dan menganggap ia sebagai gurauan.

"Tapi bila dah jadi macam ni baru saya sedar, mungkin itu salah satu petunjuk yang dia akan pergi," katanya.

Menceritakan kembali kejadian, Muhammad Khairul Azuan berkata, mereka dua beradik serta rakan-rakan lain ke kawasan perkelahan itu secara berkonvoi motosikal.

Katanya, tiba di lokasi lima daripada mereka masing-masing berusia antara 16 hingga 23 tahun mengambil keputusan duduk bersantai atas batu sementara mereka dua beradik bersama dua rakan perempuan bermandi-manda.

"Kami jarang dapat berkumpul sebelum ini menyebabkan cadangan seorang rakan untuk mandi diterima. Adik kembar saya sebelum ini tidak begitu gemar dengan aktiviti luar apatah lagi mandi ketika cuaca panas.

"Kelakuannya agak berbeza bila begitu riang bermain air. Kami sampai dalam jam 4.30 petang dan beberapa orang awam turut berada di situ. Tak sampai sejam, air deras datang menolak kami dengan kuat.

"Sedar-sedar saya dah ada di dasar air dan cuba berpaut pada dahan pokok untuk mengelak dari hanyut lebih jauh. Sebaik sahaja dapat selamatkan diri, saya cuba cari kelibat adik kembar saya serta dua rakan lain, namun tak kelihatan," katanya.

Tambah Muhammad Khairul Azuan, ketika itu dia sedar mereka mungkin sudah dihanyutkan dan tidak mungkin dapat diselamatkan.

Muhammad Khairul Azuan yang cedera serta calar di lengan, kaki serta beberapa bahagian badan termasuk menerima jahitan di kepala mengakui akan merindui adik kembarnya, tambahan mereka berkongsi minat sama, sering melakukan aktiviti bersama serta sempat mengumpul duit untuk membeli motosikal baru.

Kejadian berpunca dari kepala air dari bukit berhampiran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa terkorban iaitu Farah Anisah Ahmad Rafi serta Nor Aida Azhar masing-masing 17 tahun yang ditemui di dua lokasi berasingan sebaik sahaja operasi menyelamat kedua dilancarkan, 9 malam, kelmarin.

Dah dilarang, tetapi pergi juga

Khuatir dengan keselamatan kedua adiknya, Nur Azlin, 19 yang merupakan kakak kepada Nor Aida telah melarang adiknya pergi ke lokasi kejadian namun mangsa memaklumkan telah berjanji dengan rakan-rakan lain dan akan pulang awal.

"Dari semalam (Khamis) lagi dia cakap nak mandi di situ. Saya cakap tempat tu agak bahaya, tapi dia kata pergi tak lama. Cuma nak mandi saja," katanya ketika ditemui di bilik oeprasi menyelamat di Kampung Paya Lintah, di sini.

Ibu Nor Aida, Maimun Shajudin, 53 telah cuba menghubungi anak ketiga dari empat beradik itu sekitar jam 6 petang namun tidak berjawab.

"Ketika itu ada rasa tak sedap hati. Saya telefon banyak kali namun tak berjaya. Tak lama lepas tu saya dapat panggilan mengatakan dia lemas," katanya.

Nor Aida disifatkan seorang periang dan manja dengan keluarga, manakala Farah Anisah merupakan anak angkat keluarga Maimun.

Operasi menyelamat selesai

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus memaklumkan mayat Muhammad Khairul Safuan ditemui pada jam 6.35 petang, iaitu sejam selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.30 petang sekitar lima Kilometer (KM) dari tempat kejadian oleh orang awam.

Menurutnya, seorang penduduk ternampak tangan mangsa tersangkut pada pokok buluh dan menariknya ke daratan.

"Sebaik operasi menyelamat kedua di sepanjang Sungai Chempiang hingga Empangan Sungai Lanik dilancarkan pada jam 9.30 malam, mayat Farah Anisah dikesan tersangkut pada akar pokok lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian pada jam 9.57 malam.

"Mayat Nor Aida ditemui seorang peniaga pada keesokan hari, kira-kira jam 7.35 pagi di Labu Kubang, 15 KM dari lokasi kejadian," katanya.

Ismail memaklumkan dengan penemuan mangsa terakhir, operasi menyelamat dihentikan serta merta pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad mengesahkan kejadian dan memaklumkan jenazah semua mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Saturday 27 April 2013

10 peluru 2 di dada

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala ibunya cedera selepas ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion, Cheras, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, R Karikaalan, 29, memandu kereta Nissan Livina bersama ibunya yang berusia 60 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.
Mangsa yang terkena tembakan di bahagian dada disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 1 tengah hari.

Bagaimana pun, ibu mangsa yang terkena dua das tembakan pada lengan kanan masih dirawat di hospital sama dan dilaporkan stabil.
Foto
KESAN tembakan jarak dekat pada cermin kereta yang dipandu mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kejadian berlaku ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di bulatan berkenaan.
pirateman : Sekarang ni kes tembak menembak dah menjadi trend dah. Ade je kes, ape penembak ni tak takut undang-undang ke pe.. atau undang-undang yang tidak ketat??huhu
Sumber : Harian Metro

Reply To This Comment

Rangka manusia dalam kereta terbakar

Rangka manusia dalam kereta terbakar
Rangka manusia yang ditemui dalam sebuah kereta terbakar di Jalan Gambut, Olak Lempit, petang kelmarin.
KUALA LANGAT - Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui mayat rentung dalam sebuah kereta yang terbakar, dalam sebuah ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumah mereka, di Jalan Sri Gambut, Olak Lempit,  kelmarin.

Mayat ditemui kira-kira jam 6.15 petang, ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum melihat sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar di lokasi kejadian.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, dia tidak sangka kepulan asap tebal dari arah sebuah kebun, di sini, rupanya kenderaan yang sedang terbakar dan tambah mengejutkan terdapat rangka manusia di bahagian pemandu.

Menurutnya, semasa cuba mendekati kenderaan terbabit, dia nyaris terkena serpihan besi akibat letupan yang berlaku sejurus api marak.

“Ketika kejadian tiada aktiviti mencurigakan berlaku termasuk tiada suspek yang dilihat berada di kawasan tersebut.

“Saya segera telefon pihak polis minta mereka datang ke tempat kejadian,” katanya.

Tinjauan forensik mendapati, terdapat empat tin berhampiran kenderaan itu dipercayai bahan mudah terbakar, selain satu botol kaca berwarna coklat.

Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang aktiviti jenayah berlaku berikutan tiada senjata ditemui dalam kenderaan terbabit dan di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan mayat rentung dalam sebuah kenderaan di ladang berkenaan.

Katanya, buat masa ini, jantina mayat masih belum diketahui berikutan keadaannya yang terbakar 80 peratus dan pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat.

“Polis masih menyiasat kejadian dan meminta Unit Forensik dan Unit Anjing (K9) membantu siasatan.

“Berikutan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Maut ditembak tepat di leher

27 April 2013
Maut ditembak tepat di leher
Ahli keluarga Allahyarham ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Maut ditembak tepat di leher
Ilustrasi kejadian tembak Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim.
Shaharuddin Ibrahim
Shaharuddin Ibrahim. - Foto Ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa parah selepas salah seorang daripada suspek yang merupakan pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang, ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa dikejarkan pemandunya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

"Penjenayah dipercayai menggunakan pistol jenis automatik berikutan tembakan tepat mengenai leher mangsa," katanya.

“Kami masih menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.

“Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya,” katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat.

Roslan berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham Ahad lalu dan mereka berbual sambil minum bersama.

“Allahyarham mempunyai lima anak. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong serta mempunyai hobi bermain golf. Dia selalu main golf di Seremban,” katanya.


KRONOLOGI

7.55 pagi – Kereta Nissan Murano dinaiki Datuk Shaharuddin Ibrahim bergerak dari rumahnya
di Kondominium Intan, Dengkil untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

8.15 pagi – Kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan ke Presint 2, Putrajaya. Seorang pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang. Pemandu terus bawa mangsa ke Hospital Putrajaya.

9.20 pagi - Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 20, Putrajaya.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment