Monday, 28 January 2013

Budak mati tercampak dari pangkuan

pix_topright 
Luluh hati seorang ibu apabila menyedari anak perempuan dipangku maut apabila terlepas dari pegangan sebelum tercampak ke tengah lebuh raya, sebaik kereta dipandu suaminya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 228.6, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nor Syaqilah Abu Hashim, satu tahun lima bulan, maut akibat parah di kepala di Hospital Alor Gajah. Menurut Abu Hashim Murtaza, 42, selain Nor Syaqilah, dia bersama isteri, Norzaifa Sarifuddin, 27, seorang anak perempuan, Normila Liyana, 6, adik perempuan, Namrah, 29, serta abangnya, Amiruddin, 47, menaiki Honda CRV dipandu dalam perjalanan dari Pasar Borong Serdang menuju ke rumah kongsi di Ayer Keroh, Melaka. 
“Kami membeli barang persiapan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul di rumah kongsi berkenaan untuk malam ini (semalam). “Sepanjang perjalanan, saya membuka tingkap kereta tidak mahu bau bahan mentah dibeli seperti ikan dan ayam memerangkap udara dalam kereta sehingga menimbulkan rasa kurang enak penumpang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam. Katanya, dia memandu di lorong tengah dan ketika asyik berborak dengan isteri, tayar kanan belakang kereta meletup menyebabkannya gagal mengawal stereng lalu melanggar penghadang besi kiri lebuh raya. “Dalam keadaan cemas, kami dikejutkan raungan isteri yang menyedari Syaqilah tiada dalam pangkuannya.

“Sebaik kereta berhenti, dia (isteri) berlari ke tengah jalan dan mendapati Syaqilah terbaring atas jalan dalam keadaan telinga berlumuran darah dan tidak bergerak. Mujurlah ketika itu tiada kenderaan melalui lebuh raya,” katanya. Abu Hashim berkata, orang awam menghubungi talian kecemasan sebelum 15 minit kemudian ambulans tiba membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia jam 11 pagi. Bagaimanapun, Syaqilah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu.
Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment