Thursday, 24 January 2013

Peristiwa-peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW


 
Assalamualaikum warahmatullah,

Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW sebelum kewafatan Baginda, sebelum pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mengetahui hal-hal aneh dan pelik, di samping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul.

Rasulullah SAW bukanlah seorang manusia biasa tetapi manusia luar biasa yang wajib kita agungkan. Hal ini kerana, sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, akan mengagungkan tokoh yang mempunyai kelebihan luar biasa. Allah SWT memberikan mukjizat, iaitu perkara luar biasa kepada para nabi dan rasul-Nya, termasuk khususnya kepada Rasulullah SAW sebagai membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan insan yang diutuskan-nya untuk umat sejagat ini.

Terdapat lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW. Peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

 Rasulullah SAW mengajar cara solat jenazah

Antara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memeswan sesuatu serta mengajar cara mengkafakan jenazahnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.

Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah SWT, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.”

 Pesanan terakhir kepada para sahabat

Perkara pelik yang lain, iaitu pesanan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ðengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua ‘dua penasihat’ yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada maut.”

 Rasulullah SAW meminta Abu Bakar menjadi Imam

Semasa Baginda SAW sakit, Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suruhlah Abu bakar untuk mengimami sembahyang.” Baginda telah menyuruh Abu Bakar menjadi imam menggantikan tempatnya. Ðengan itu Rasulullah SAW meredai Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah SAW masih hidup. Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sendiri menyatakan kurang senang dengan suruhan itu. Aisyah telah menerangkan kepada Baginda SAW bahawa ayahnya tidak sihat, mudah sahaja jatuh sakit dan suaranya lemah. Apabila membaca ayat-ayat al-Quraqn, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Apa pula tanggapan Jemaah lain apabila melihat Abu Bakar menjuadi imam sedangkan Rasulullah SAW masih ada.

Tetapi Rasulullah SAW telah menolak alasan-alasan ini. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah SAW sakit kali terakhir.

 Rasulullah SAW dipapah ke masjid

Semasa Baginda SAW sakit teruk, Rasulullah SAW memanggil Ali dan Fadl bin Abbas r.a., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua-dua mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid, maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama-sama dengan para Jemaah.

 Pemergiannya, sengaja dibayang-bayangkan

Pemergian Rasulullah SAW sering dibayangkan. Semasa Baginda menyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada’, Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu. Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca surah al-Fatihah dan talkin. Ðalam talkin itu, Baginda telah berkata yang bermaksud, “Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi.”

Ði Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat. Beberapa hari sebelum Baginda wafat, dalam satu perhimpunan terakhir baginya, Baginda memberi nasihat-nasihat tertentu kepada pengikut-pengikut Baginda ketika itu.

 Sakit yang membawa maut

Pada bulan Jun tahun 623M, sakit Rasulullah SAW semakin teruk. Baginda telah pergi melawat satu kematian, apabila pulang daripada menziarahinya, Baginda semakin tenat. Kemudian, para sahabat bertanyakan keadaan baginda, lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain, itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi.” Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.

Pada 11 hari pertama, Rasulullah SAW masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawiah. Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir, semasa Rasulullah SAW sakit teruk dan demam, Rasulullah SAW meminta diambilkan air sejuk untuk mandi. Air sebanyak tujuh buah baldi itu hendaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.

Selepas madi, panas badan yang dirasai semakin reda dan Rasulullah SAW berasa sedikit lega. Selepas itu, Rasulullah SAW bagin lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir. Katanya dengan tegas, “Setelah aku mati, jangan sekali-kali aku dipuja dan jangan sekali-kali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan.”

Selepas pulang daripada menyampaikan kata-kata tersebut, Rasulullah SAW tenah semula. Tubuh badan Rasulullah SAW semakin lesu dan wajah Rasulullah SAW semakin pucat. Rasulullah SAW berbaring dan tidak sedarkan diri. Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulut Baginda. Setelah Rasulullah SAW sedar, Baginda menyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.

 Khutbah Rasulullah SAW semasa Baginda sakit

Semasa sakit, Rasulullah SAW masih mampu memberi khutbah. Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda SAW ialah (yang bermaksud), “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, sesiapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu.”

Selepas itu, seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunai tiga dinar daripada harta Rasulullah SAW. Baginda meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu. Selepas itu, dia bertanya kepada sahabat itu, “Mengapa kamu minta, sedangkan ini Rasulullah?” Sahabat itu berkata, “Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.” Rasulullah SAW mengulangi lagi pertanyaannya, tetapi tiada seorang pun yang bangun. Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu halalkan kepada aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Ðengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat.”

Kemudian, Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga.” Rasulullah SAW memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.

Apabila mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak. Beliau berkata, “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.” Ðaripada kata-kata Muhammad, Sayidina Abu Bakar dapat memahami hamba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.

 Pesanan akhir, ciuman akhir

Pada hari kahir hayat Rasulullah SAW, Baginda menyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan. Baginda gembira menyaksikan Abu bakar mengimamkan sembahyang. Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya. Air mukanya cerah. Lalu Rasulullah SAW bangun dan pergi ke masjid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.

Apabila kembali dari masjid, sakit Rasulullah SAW semakin bertambah. Baginda berbaring di atas pangkuan Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah, lalu berkata, “Aku akan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga.”

Setelah Rasulullah SAW semakin tenat, Baginda memberi arahan berdoalah, doalah. Sebelum Baginda nazak, Rasulullah SAW berkata, “Semoga Allah memusnahkan sesiapa yang menjadikan kubur nabi-nabi pemusatan sembahyang. Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi Semenanjung Arab.

Rasulullah SAW wafat dalam pangkuan Aisyah. Baginda wafat pada sebelah petang, hari Isnin 1 Rabiulawal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.

Mencintai Rasulullah SAW

Namun begitu, tidak terdapat riwayat-riwayat yang jelas menceritakan tentang peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Ia sedikit berbeza dengan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW menyebut “ummati-ummati”.

Perkata ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah SAW berkata, “Umatku, umatku.” Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya.”

Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah SAW, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah SAW bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehinnga kini.

No comments:

Post a Comment