Petaling Jaya: “Saya tidak tahu menahu mengenai wang RM40,000 yang dikata dilarikan bekas pembantu peribadi, malah saya tidak tahu langsung berapa jumlah duit di dalam akaun kerana urusan perbankan diuruskannya,” kata Alyah Hassan.
Penyanyi lagu Kau Yang Terindah itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam satu blog kononnya bekas pembantu peribadinya, Hafiz Rayza bertanggungjawab terhadap kehilangan duit itu.
Bagaimanapun, kata Alyah, 32, dia sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar duit di dalam akaunnya yang diuruskan Hafiz selama lapan tahun bekerja dengannya.
“Jangan terus menyalahkan dia kerana banyak cerita yang tidak betul mengenai kami diperkatakan baik di media mahupun blog.
“Jangan terus menyalahkan dia kerana banyak cerita yang tidak betul mengenai kami diperkatakan baik di media mahupun blog.
Alyah Hassan
“Saya sedar, ramai rakan media yang cuba mendapatkan penjelasan saya mengenai kontroversi yang timbul sejak isu pakaian di Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura pada Disember lalu hinggalah sekarang kehilangan Hafiz.
Sumber : myMetro
No comments:
Post a Comment