Betul lah orang kata,akhir zaman memang ramai gunakan nama ‘agama’ atas dasar kepentingan diri sendiri. Begitulah yang berlaku kepada pengarah dan pasukan drama bertemakan islamik, Sahara yang disiarkan di Astro Prima.
Drama yang berkonsepkan cinta islamik itu langsung tidak menepati syariah. Bayangkan seorang pelakon, memakai niqab, dan akhirnya boleh berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim.
Ia lakonan,tapi ternyata mencemarkan Islam. Sudah tentu mereka akan membusukkan nama islam di kaca mata seorang non muslim, sedia maklum di Malaysia kita dikelilingi pelbagai golongan agama.
Hal ini membangkitkan rasa marah dalam kalangan niqabis sendiri. Tentulah, mereka tidak mahu simbol pakaian islamik mereka dicemari kisah tidak enak seperti digambarkan dalam drama Sahara ini.
Susah kalau manusia hanya berfikir soal duit, tanpa berfikir akan kesan jangka panjang. Mohon pihak Astro lebih prihatin dan tidak menyiarkan lagi drama ini.
Sumber : wootmedia
err..acik tgok gak cite neh..
ReplyDeletetp btol la ape diktekan tu..
kaji dlu sblom wat cite neh..
citer yg memburukkan nama prempuan islam yg berniqab..bleh merosakkan minda ank-ank yg msih kcil..pe dorg akn fikir nnt??haishhh akhiz zaman ni mcam2..
ReplyDelete