Wednesday 2 January 2013

Zarina Anjoulie Yang Kantoi Dadah Rupanya…


Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Dadah!

Apalah hendak jadi kepada seorang pelakon dan model wanita ini, tidak habis-habis mengundang kontroversi.
Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan penangkapan artis wanita itu kerana didapati memiliki dadah yang disimpan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai.
Tetapi siapakah wanita itu sebenarnya?
Ramai juga yang tertanya-tanya sebelum ini…
Hari ini semuanya telah terjawab apabila gadis bernama Zarina Anjoulie Ahmad, 26, adalah wanita yang dimaksudkan.
Berlakon tak hebat mana..menang kat kontroversi sahaja…
Dia ditangkap polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas didapati memiliki dua biji pil Eramin 5 seberat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan dilakukan.
Bagaimanapun, dia yang ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur yang juga berusia 26 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi dicekup di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin.
Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini.
Kita tunggu dan lihat saja….
Sumber: Harian Metro/ Utusan

No comments:

Post a Comment