Saturday, 5 January 2013

Wan Norazlin Serik Dedah Kisah Peribadi

Wan Nor Azlin Tampil Dengan Penampilan Baru. Foto LOW BOON TAT
KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja.
Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini.
"Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini.
"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.
Wan ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada pelakon dan penerbit drama Maharani dan Mak Yong oleh World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dekat sini pada Jumaat.
Insentif itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Sistem dan Kawalan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia juga kini ingin menjalani kehidupan “low-profile” dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi.
Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan.
"Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya.
Sementara itu, Wan berkata, selain sibuk menguruskan keluarga, rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin baik.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment