Thursday, 10 January 2013

Petua mengurangkan berat badan

Petua Mengurangkan Berat Badan

Petua Mengurangkan Berat Badan

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan ini akan merasa rendah diri dan tiada keyakinan untuk berjumpa dengan orang ramai dan merasa malu dengan berat badan mereka yang berlebihan. Jadi info dan juga tips di bawah sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah berat badan yang dialami.

Tips Mengurangkan Berat Badan

1. Tumbuk lima biji buah delima muda seterusnya campurkan ia dengan segelas air suam. Tambahkan sedikit garam dan tapis larutan tersebut. Minum air hasil dari tapisan tersebut dan amalkan kaedah ini setiap pagi agar berat badan anda dapat dikurangkan.


2. Kisar buah peria bersama secubit garam dan juga sedikit air. Tapis dan simpan ia di dalam peti sejuk. Minum setiap pagi dan dinasihatkan agar anda mengamalkannya selalu agar menampakkan hasil yang ketara pada berat badan anda.
3. Rendamkan tiga sudu besar teh cina ke dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dua kali sehari sebelum sarapan pagi dan selepas makan malam iaitu sebelum tidur. Amalkan ia selalu agar berat badan anda semakin menurun.
4. Ambil dua tangkai daun sup dan kisar bersama sebiji buah epal dan tiga ulas bawang putih. Bancuh bahan kisar tadi dengan air suam dan minum dua kali sehari. Dinasihatkan agar anda minum setiap hari agar berat badan anda dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment