Tuesday, 8 January 2013

Ifa Raziah Hilang Tawaran Kerana Badan Berisi

Ifa Raziah. Foto IZZRAFIQ ALIAS 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah mengakui banyak tawaran lakonan drama yang diterima terpaksa ditolak begitu sahaja gara-gara tubuh badannya yang berisi.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana banyak watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan penampilannya sehingga memaksa dia perlu menurunkan berat badannya sehingga 48 kilogram agar boleh berlakon semula.
Berat badannya kini ialah 58 kilogram dan sebelum ini pernah mencecah sehingga 65 kilogram.
"Memang azam tahun 2013 saya adalah untuk menguruskan badan supaya dapat aktif kembali di bidang lakonan.
"Banyak tawaran watak yang ditolak kerana tidak sesuai dengan tubuh badan saya sekarang ini. Bagaimanapun ia tidak akan mungkin berlaku pada tahun ini.
"Saya akan memastikan untuk kurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram,” katanya.
Tambah Ifa, kerana perkara itu juga dia enggan menambah zuriatnya bersama suami, Mohd Yani Abdul Rahman bagi mengekalkan bentuk tubuh badannya selepas mendapat berat yang ideal.
Bagaimanapun, beritahu ibu kepada Sharifah Puteri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili, 8, ini sekiranya dikurniakan anak, dia tetap akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
"Rezeki tidak boleh ditolak. Cuma saya tidak mahu memiliki anak pada masa ini kerana ingin aktif di bidang lakonan. Namun seandainya kami diberikan anak, itu juga bukan satu masalah.
"Lagipun dua orang anak saya sedang membesar dan mereka memerlukan perhatian daripada saya dan suami. Sudahlah kami sibuk, takut pula jika anak terabai," ujarnya.
Sementara itu, selepas sukses dengan perniagaan produk kecantikan Zenzoria, penyanyi lagu Panas ini muncul pula dengan menjual 'turban' berfesyen wanita menerusi jenamanya sendiri iaitu “Serifa Turban by Ifa Raziah.”
Ifa juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan untuk menjadi ejen. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 019-3722975.
Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment