Saturday 5 January 2013

Budak jadi mangsa pemuas nafsu datuk

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan


 IPOH - Dua kanak-kanak perempuan dijadikan alat pemuas nafsu oleh lima ahli keluarganya yang bertindak kejam mengikat dan mendera mangsa secara seksual termasuk mencederakan alat sulit mereka menggunakan pelbagai objek keras.

Mangsa yang berusia lima dan tujuh tahun itu mendakwa, kejadian itu dilakukan oleh bapa, datuk, sepupu dan makcik yang diamanahkan menjaga dua beradik itu.

Mangsa kemudian mengadu mengalami kesakitan di bahagian alat sulit kepada ibunya berusia 30-an sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian pada 27 Disember 2012 lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata,berdasarkan laporan itu, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Taiping dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyak pada kemaluan mereka.

Menurutnya, pihak polis memberi perhatian serius kes berkenaan apabila lima suspek yang dikaitkan dengan kes itu ditahan malam kelmarin untuk diambil rakaman percakapan.

“Tiga lelaki ditahan membabitkan datuk mangsa berusia 70 tahun dan dua sepupu masing-masing berusia 17 dan 24 tahun. Manakala, dua wanita merupakan ibu saudara mangsa berusia 43 dan 36 tahun turut ditahan.

Mereka bekerja sebagai guru komputer dan pelayan restoran di Kuala Kurau.

“Bapa mangsa pula masih belum ditahan berikutan dia berada di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Shukri masih belum dapat merumuskan kejadian sebenar kes itu apabila laporan lengkap daripada pakar psikologi kanak-kanak belum diperoleh.

“Berdasarkan percakapan, mangsa menyebut banyak nama sehingga mewujudkan tanda tanya identiti sebenar pelakunya. Khidmat pakar psikologi kanak-kanak diperlukan untuk merakam keterangan sebelum tindakan susulan diambil.

“Selain itu, banyak elemen dikaitkan dalam kes ini termasuk penggunaan dadah dan penderaan beramai-ramai.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment