Friday 4 January 2013

Aizat ganti Yuna pada malam AJL 27



 






























KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa pengganti Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada malam Anugerah Juara Lagu ke-27 pada malam Ahad ini terjawab apabila pihak penganjur, TV3 dalam kenyataannya hari ini mengumumkan nama Aizat Amdan sebagai penyanyi pilihan lagu terbabit.

Pengumuman ini dibuat selepas timbul beberapa spekulasi termasuk desas-desus kononnya penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid akan menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu itu atas permintaan Yuna sendiri yang berminat dengan kemampuan penyanyi itu yang ditonton menerusi internet. 
 
Aizat akan mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (dram). Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh tiga hari ini. Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi Anugerah Juara Lagu ke-27. 

Lagu Terukir Di Bintang hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, dan menjadi lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang nanti.

Yuna sebelum ini membuat pengumuman untuk menarik diri daripada membuat persembahan pada acara yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad ini kerana terikat dengan komitmen kerjanya di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment