Sunday, 24 February 2013

Perompak ‘baik hati’

Kuala Berang: Seorang perompak sempat menawarkan diri untuk membancuh susu sebaik mendengar seorang mangsanya yang juga kanak-kanak berusia dua tahun menangis ketika merompak sebuah rumah bersama dua rakan di Kampung Durian Kasim, Ajil, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, rumah milik Mustafa Khatib Mohamad, 67, yang tinggal bersama lapan ahli keluarganya dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melalui tingkap belakang di bahagian dapur.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM15,000 apabila wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Mangsa, Wan Habibah Wan Ismail, 31, berkata, ketika kejadian, suaminya, Mohd Nasrudin Mustafa, 34, menidurkan anak, Mohd Rayyan Zikri, 2, yang menangis sebelum bilik tidur mereka diserbu perompak.
Foto
MOHD Nasrudin memangku anaknya yang masih trauma selepas kejadian sambil Zawilah menunjukkan tingkap dapur yang diumpil.

“Suami diarah menunjukkan bilik tidur mentua dan dia terpaksa akur dengan arahan perompak kerana ada antara mereka memegang pisau, manakala saya dibawa ke bilik tidur adik ipar, Mohd Nurul Hadi.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment