Wednesday, 13 February 2013

‘Ustaz naik hantu’

Klang: Seorang pelajar Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Tahfiz Al Habbah, Batu Caves, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dibelasah seorang ustaz yang didakwa tiba-tiba ‘naik hantu’.
Dalam kejadian 28 Januari lalu, mangsa, Mohd Zakwan Azli Azmi, 14, mendakwa ditendang, ditumbuk dan dihentak menggunakan kepala lutut oleh ustaz terbabit hanya kerana dia mengadu kepada guru besar berkaitan rasa tidak puas bermain bola sepak bersama rakannya sejurus selesai solat Asar.
Akibat kejadian itu, Zakwan kini trauma akibat dipukul lebih 20 kali di punggung, perut dan dada selain masih teringatkan kata-kata guru agama berkenaan ketika membelasahnya.

“Ketika memukul saya, ustaz itu berkata ‘Aku dah lama tak belasah budak ni, kau jadi makanan aku kali ni...aku kalau nak belasah kena buka serban dan jubah dulu, baru setan boleh masuk’,” katanya.
Foto

Mangsa mendakwa bukan dia sahaja yang menjadi sasaran ustaz berkenaan, malah seorang rakan lain turut mengalami nasib sama.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment