PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.
MAUT... Keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan selepas bertembung dengan sebuah bas ekspress di KM 61.8 Lebuh Raya Timur Barat (RTB) Gerik-Jeli berhampiran RnR Titiwangsa di sini, awal pagi Rabu. Kejadian 1 pagi Rabu menyebabkan tiga penumpang maut dan seorang cedera parah apabila dan salah seorang penumpang kereta yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Zawiyah Abd Rahman, 63. Siti Zawiyah merupakan ibu kepada artis Catriona Ross dan jenazah dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk dikebumikan. --fotoBERNAMA
"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi.
"Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.
Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu.
Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab Baharum memberitahu tiga mangsa termasuk Siti Zawiyah yang terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu kereta pula katanya cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.
Sumber : mStar Online
No comments:
Post a Comment