KANGAR - Harapan menjalani kehidupan seperti remaja seusianya kembali bersinar buat Mohd Basri Basharudin, 18, apabila dijangka menjalani pembedahan menggantikan tempurung kepala tiruan selepas pemeriksaan susulan dijalankan pada 4 April depan.
Pakar perubatan juga mengesahkan tahap kesihatannya semakin stabil selain selain kos perubatan yang diperlukan sudah mencukupi.
Ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, 31 Januari lalu dia dan suami membawa Basri berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tahap perkembangannya supaya mendapat tarikh untuk menjalani pembedahan.
Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, doktor turut mengambil ukuran tempurung kepala tiruan yang bersesuaian berdasarkan saiz asal diperlukan Basri untuk dibuat penempahannya.
“Doktor memaklumkan bahawa Basri boleh melakukan pembedahan yang berkemungkinan dalam bulan April ini,” katanya.
Katanya, beliau difahamkan bahawa saiz tempurung kepala yang diperlukan Basri sudah dimuktamadkan dan sebanyak 30 skru akan digunakan bagi menampung pemasangan kedua-dua belah tempurung itu.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan anak ketiga daripada empat beradik itu memerlukan sejumlah wang antara RM7,000 hingga RM10,000 bagi menjalankan pembedahan menggantikan tempurung kepala tiruan malah melalui daripada pembaca prihatin, dana berkenaan berjaya disampaikan kepada keluarganya.
Dalam pada itu, Jamilah berharap anaknya dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa lain selepas menjalani pembedahan.
“Walaupun mengambil masa yang panjang namun kami sekeluarga tidak putus harap untuk memberi semangat kepada Basri bagi melihat keadaannya pulih seperti sedia kala supaya dapat memulakan kehidupan baru setelah lebih setahun terlantar di katil,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Basharudin Bakar, 48, berkata, dia bersyukur kerana mendapati berat badan anak itu semakin bertambah yang menunjukkan perkembangan positif selain boleh melakukan tindak balas lain.
“Perkembangan itu jelas kelihatan apabila pipinya yang semakin membulat dan saiz badannya pula makin berisi dan dia (Basri) juga boleh mengesan orang yang lalu di hadapannya dengan memusing sedikit leher selain mampu mengangkat kedua tangannya sejak bulan Januari lalu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment