Tuesday, 19 February 2013

Patah leher dihempap jentera

 
Sebiji limau mandarin menjadi juadah terakhir seorang warga emas sebelum maut selepas lehernya dihempap besi pemutar jentera menuai padi di Kampung Parit Haji Dollah, Selinsing, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 59, dikatakan sedang berehat di bahagian bawah jentera berat itu sambil berbual-bual dengan dua rakan lain.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika pemandu jentera itu, Nasriq Yunos,32, sedang membaiki sistem hidraulik jentera menuai padi berkenaan yang rosak di bahagian belakangnya.
Nasriq berkata, kemalangan mendadak itu berlaku sebaik bahagian besi pemutar seberat dua tan di hadapan jentera itu tiba-tiba terjatuh sebelum menghempap mangsa dan seorang lagi rakannya.

“Sebaik dihempap besi berat itu, Abdul Aziz terus tidak sedarkan diri dan rakannya menjerit kesakitan meminta tolong akibat tersepit.

“Kami segera memanggil orang kampung berdekatan untuk membantu mengangkat bahagian besi pemutar itu. Sebaik dialihkan, saya dapati Abdul Aziz sudah tidak lagi bernyawa,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, semalam.
Sumber : Harian Metro

2 comments: