Thursday, 14 February 2013

'Terasa Hati' Dengan PSY, Siti Nuhaliza Bakal Sertai Politik?

..
Nampaknya kehadiran penyanyi PSY yang memeriahkan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari lalu, hingga kini masih lagi menjadi bualan hangat ramai.
Tidak terkecuali dikalangan artis tanah air turut meluahkan pendapat mereka menerusi laman Twitter, termasuk juga penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Dalam kenyataan di laman sosialnya minggu lalu, Siti seperti terasa hati berikutan 'peruntukkan yang cukup lumayan' diberikan kepada artis Korea berkenaan.

Bertemu beliau dalam satu majlis bertempat di hotel terkemuka di ibu kota semalam, Siti diminta mengulas lanjut mengenai kenyataannya di Twitter berhubung kehadiran penyanyi yang berjaya mencetus fenomena menerusi lagu Gangnam Style, bagi menghangatkan lagi majlis anjuran parti Barisan Nasional itu.
..
Tiada niat mahu mencetuskan apa-apa isu jauh sekali memanaskan keadaan namun Siti menegaskan tulisannya itu lebih kepada suara sebagai artis dan sekadar meluahkan pendapatnya. Besar harapan bukan saja beliau malah percaya artis tempatan lain juga begitu, seandainya ada mana-mana badan koporat yang juga sedia memberikan penajaan seperti mana yang diberikan kepada artis luar negara berkenaan.
"Sebenarnya (kenyataan di Twitter) itu lebih kepada suara artis. Saya tak fokus pada mana-mana parti politik sebaliknya ianya ditujukan pada badan-badan koporat seperti mana badan koporat yang sudi menaja PSY.

"Saya bukan menolak persembahan artis luar negara. Saya terima. Cuma... kalau ada badan-badan yang sudi menaja artis luar tu, sudi-sudilah juga menaja artis tempatan.

"Kalau boleh diberi (ditaja) jutaan ringgit untuk PSY yang hanya mempersembahkan satu lagu saja, saya rasa ada artis Malaysia juga boleh membuat persembahan yang lebih baik. Ramai juga artis kita seperti Kak Adibah Noor yang turut meluahkan pendapat yang sama", ujar Siti Nurhaliza.

..
Sekadar luahkan pendapat. Berikut antara tweet Siti Nurhaliza di laman Twitternya pada 11 Februari lalu.Sekadar luahkan pendapat. Berikut antara tweet Siti Nurhaliza di laman Twitternya pada 11 Februari lalu.
Dalam pada itu, Siti turut mengulas spekulasi beliau kononnya bakal menyertai bidang politik. Dakwaan tersebut timbul ekoran baru-baru ini, kenyataan-kenyataan di akaun Twitternya yang berbaur politik.

"Belum masanya saya sertai politik. Apa yang ditulis di twitter itu sekadar bersuara seperti mana juga orang lain. Artis juga rakyat Malaysia biasa, ada hak dan pendapat masing-masing," jawab beliau ringkas.

Siti juga memberitahu, tidak seperti beberapa artis wanita lain yang mana setelah berhijrah, melibatkan diri dalam mana-mana majlis ceramah mahupun motivasi, bagaimanapun sehingga kini beliau tidak menerima apa-apa tawaran dari mana-mana pihak.

..
"Secara jujur, belum ada tawaran meminta saya memberikan ceramah atau motivasi. Saya rasa mereka (pihak-pihak tertentu) faham yang perubahan saya ni pun bukan bertujuan membabitkan diri dalam politik.

"Tapi ada juga yang minta saya adakan kelas tutorial dari segi pemakaian tudung. Rasanya belum lagi lah untuk saya adakan kelas sebegitu. Kalau ada peminat yang berminat dengan imej saya dan ingin mempelajarinya, saya rasa elok berhubung terus dengan pereka saya", katanya yang semakin manis bertudung litup, sejak sebulan yang lalu.  
Sumber : malaysiandigest.com

2 comments:

  1. hurm , mmg betul pun apa yang kak siti tu cakap . buang duit RM2m untuk artis luar yang cuma beberapa minit jer hiburkan penonton ? satu pembaziran yang nyata .

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat pmbaziran..hanya untuk 8mnit byar 2juta lebih..klu gune untuk rkyat 2juta tu lg bnyak pekdahnye..

      Delete