Sunday 17 February 2013

Warga asing cuba liwat lembu ditahan

 

Batu Pahat: Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini. 

Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak mengejarnya. 
Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa. 


Pernah diberi amaran


Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk. 

Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan. 

Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya. 
“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan. 

“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sumber : Berita Harian

2 comments:

  1. Ishhh3... Astagfirullahalazim...!! Pelik bebenor manusia tuh.. Haishh.. Macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la org ckap dh dikurniakan akal..tp nk jugak jd mcm l***u..

      Delete