Thursday 21 February 2013

Eksklusif: Fizz bohong

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu.
Azlyn Masiela tampil jelas kemelut hubungan, sangkal dakwaan isteri orang

Baru mengikat pertunangan secara rahsia pada 10 Februari lalu, pelakon Fizz Fairuz, 34, mencetuskan satu lagi kontroversi apabila membuat kenyataan ikatan pertunangan dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, sudah terlerai atas alasan baru mengetahui wanita itu isteri kedua kepada seorang usahawan. 

 
Bukan hanya peminat terkejut, malah gadis berasal dari Kuantan, Pahang itu serta keluarganya tersentak dengan dakwaan yang disifatkan pembohongan selain tidak mengetahui motif sebenar pelakon itu berbuat demikian, sedangkan sedari awal dia mengetahui statusnya yang belum pernah berkahwin.


pirateman : yang mana satu betul dan salah ni. Bagi memudahkan orang ramai tidak salah anggap jadi kemukakan bukti masing-masing siapa yang berada di pihak benar.

Sumber : Berita Harian

1 comment:

  1. kecelaruan maklumat ni... hanya mereka yang tahu siapa yang betul siapa yang salah... tapi dalam hal ni... biasanya akan ada pihak yang nak tegakkan benang yang basah...kita tunggu dan lihat sajalah berita yang seterusnya...

    ReplyDelete