Wednesday 20 February 2013

Susulan kes lambung bayi : Amah dijel 20 tahun

Kuantan: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu.
Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman.
Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Foto
YULIANA dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara.

Bagi pertuduhan kedua, Yuliana dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa pada tarikh, lokasi dan masa sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau atau kedua-duanya.
Sumber : Harian Metro

4 comments:

  1. kenapa dengan amah ni ek..tekanan kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla die ni knape..kn dh x psal2 msuk jel 20 tahun..org cri kje,die cari jel.. ;)

      Delete
  2. err i think tak setimpal hukuman dgn perbuatan die . kalau nak ikut kan hati nak je lambung balik endon tu kat lantai . bia die tau rase ._. nasib sy bukan hakim hekehek !

    ReplyDelete