KUALA LUMPUR – Pengasas Program Realiti Imam Muda dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat tidak menghormati pelakon ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya sendiri, Shila Amzah.
Menurut Tuan Asmawi, walaupun tidak berhajat untuk mencampuri ‘kisah cinta’ Sharnaaz dan Shila, namun sebagai orang Islam, beliau merasakan terpanggil untuk menasihati pelakon berkenaan atas kapasitinya sebagai seorang pendakwah.
Ujar beliau yang juga pegawai kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu, hasrat Sharnaaz untuk menikahi Shila secara sah adalah satu perbuatan yang terpuji namun tindakannya mengeluarkan kenyataan ‘panas’ sebegitu adalah tidak wajar sama sekali apatah lagi ND Lala adalah bapa sekaligus wali kekasihnya itu sekiranya mereka berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.
” Perumpamaannya begini, nak ambil bunga janganlah ditebang pokoknya…Sharnaaz nak memperisterikan Shila tetapi jangan merosakkan hubungannya dengan bapa gadis tersebut. Ingat, doa dan restu ibu bapa penting bagi sesebuah perkahwinan.
” Lagipun saya tidak nampak di mana salahnya kenyataan ND Lala itu, ia lebih kepada nasihat, dia bukannya menyuruh Sharnaaz melakukan perbuatan yang menyalahi prinsip agama itu sendiri” kata beliau pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Baru-baru ini Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan ND Lala yang menegur sikap Sharnaaz yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.
Menerusi laporan tersebut, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila apabila dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila pada Mac ini sekalipun dihalang bapa penyanyi terbabit.
Dalam kenyataan balasnya, Shahnaaz mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala.
” Macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita. Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.
“Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.
“Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia,” kata Sharnaaz kepada Murai.com.my
Dalam perkembangan yang sama, Tuan Asmawi juga mengajak Sharnaaz merenung sebuah hadis berikut yang berbunyi : Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah Azza wa Jalla.” Diriwayatkan oleh Ahmad (1041).
” Dalam erti kata lain, saya ingin mengingatkan pada kita semua semua supaya tak salah kalau kita berbuat baik pada sesama manusia, dalam hal ini, tak salah kalau Sharnaaz berbuat baik dengan ND Lala selagi ia tidak mendorong dalam hal-hal yang menyekutukan Allah.
” Lagipun esok bila dia sudah bernikah, bapa mertua tu sama saja dengan bapa kandung, mesti dihormati…kalau beza pun hanyalah dari segi pewarisan harta, yang lain sama,” tegas Tuan Asmawi.
Sumber : mynewshub.my
betul jugak apa tuan asmawi cakap. tapi takpleah doakan mereka baik2 je :)
ReplyDelete