Saturday 2 February 2013

Black Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang, Bakal Kahwini Cira Khairi Tahun Ini

Black Sudah Bertunang, Kahwin Tahun Ini 
 KUALA LUMPUR – Pada 26 Januari bulan lalu, penyanyi kelahiran program Mentor, Black telah pun selamat bertunang dengan seorang gadis yang dirahsiakan identitinya.
Black memberitahu perkara tersebut selepas dia memuat naik gambarnya dengan seorang wanita yang bernama Cira Khairi serta ‘caption’ ‘ratu hatiku cirakhairi’.
Jujur Black memberitahu, dia tidak mahu pertunangannya dengan gadis tersebut dihebohkan kepada umum.
Kata Black, dia merahsiakan status dirinya sebagai tunangan orang adalah kerana ingin menghormati permintaan keluarga gadis tersebut.
“Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah tunang saya, majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan kerana menghormati permintaan keluarga saya dan keluarga pihak perempuan,” kata Black yang dipetik dari Rotikaya.com.
Dek kerana dia tidak menghebahkan majlis pertunangannya kepada orang ramai, timbul pula cerita mengatakan Black sengaja ingin menyorokkan perkara itu.
Namun, Black menafikan dakwaan tersebut kerana merasakan keluarga tunangnya tidak perlu menerima publisiti memandangkan mereka bukanlah artis seperti dirinya.
“Saya tidak mahu heboh bukan kerana nak sorok majlis pertunangan tetapi orang kata dugaan ketika bergelar tunangan orang ini agak berat.
“Ramai orang tahu saya sudah ada kekasih sebelum ini, tetapi yang menjadi artis saya seorang bukan keluarga dan keluarga tunang saya,” katanya.
Walaupun cerita dan status diri Black kini sudah pun tersebar, Black tetap memberitahu akan mendirikan rumah tangga dalam tahun ini juga.
Justeru, Black sendiri akan mengumumkan tarikh hari bahagianya itu serta mendedahkan tunangnya kepada umum.
“Jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin dalam tahun ini juga. Waktu itu saya akan beritahu semua tentang majlis perkahwinan dan siapa bakal isteri saya.
“Jadi, saya harap dapat menghormati privasi diri saya,” beritahu Black.
Sumber : mynewshub.my

2 comments:

  1. baru tahu..adoiii...frust menonggenggg hehe

    ReplyDelete
  2. Baru tahu. Hehe. Tahniah la pada Black. Comel tunang! Artis pun perlukan privasi, so kena hormat la kan? Lagi2 tu permintaan keluarga dua2 belah pihak :D

    ReplyDelete