Monday 4 February 2013

Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita

Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita | Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Artikel kali ini dari permintaan @ShyellaAnuar yang tweet kepada @selepasnikah inginkan artikel Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita, jadi penulis sediakan artikel ini.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita 

ADAKAH DIA JODOH YANG SESUAI BUAT KITA

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
Cinta itu sememangnya hadir tanpa diundang.Tanpa diminta tanpa dipaksa.Tetapi adakah cinta yang hadir itu harus diterima sahaja?
Kita sebagai manusia diberikan anugerah istimewa iaitu hak untuk membuat pilihan.Dalam percintaan juga,kita diberikan hak untuk memilih dan menentukan bagaimana cinta yang kita inginkan atau siapa pasangan yang kita mahu untuk mendampingi diri kita.
Jadi,seharusnya kita memilih apa yang terbaik buat kita bukan sekadar menerima apa yang ada..
Kali ini penulis ada beberapa tips bagaimana untuk anda membuat pilihan cinta/pasangan yang terbaik untuk hidup anda.
Telitilah setiap tips yang diberikan dibawah mungkin ada manfaatnya buat anda.
    ●Cinta itu tidak dapat dipegang atau dipandang seperti benda tetapi ia dapat dirasakan melalui hati yang ikhlas dan jujur.Tanyalah pada hati apa atau siapa yang ada didalamnya.
    ●Jangan memilih pasangan berdasarkan paras rupanya,kerana harta ataupun pangkatnya.Eloklah memilih kerana hati anda memang benar-benar sukakannya.
    ●Andainya anda ingin memilih pasangan berdasarkan pangkat dan harta.Harus diingat bahawa semuanya hanyalah sementara, dan pinjaman dari Tuhan semata-mata.Bila-bila masa Tuhan boleh menarik balik apa yang diberikan.Usah anda tertipu dengan tarikan dan godaan material.
    ●Jika memilih pasangan berdasarkan paras rupa memangnya tak salah.Tetapi,apakah kecantikan atau ketampanan itu akan kekal selamanya?Fikirkanlah..sekiranya pasangan anda cantik/tampan seperti model-model, apakah anda boleh sehebat dan sama rata dengannya?Mungkin lebih baik jika memilih yang sedap mata memandang saja..
    ●Janganlah terpedaya dengan apa yang anda nampak pada luaran pasangan sahaja kerana apa yang penting dalamannya.Misalnya beradab,bersopan santun,pengasih,penyayang,
    dan sebagainya.
    ●Tidak dinafikan ada yang memilih untuk memiliki hak orang lain.Sebaik-baiknya,elakkanlah dari bersikap sedemikian.Hakikatnya,tiada siapa yang sebenarnya rela dan sanggup berkongsi kasih.Sesiapa pun mahukan orang yang dicintai milik dirinya seorang saja.
    ●Elakkan dari memilih pasangan yang tidak menghormati dan menghargai diri anda.Misalnya pasangan yang berani memukul,menghina,dan tidak menunjukkan kasih sayangnya.Biarlah anda tak memiliki si dia asal maruah dan harga diri terjaga.Bukankah cinta itu seharusnya memberikan kebahagiaan bukan penderitaan.
    ●Kiranya anda terpaksa memilih diantara banyak pilihan,pilihlah orang yang menyayangi dan sanggup bersusah kerana anda.Cintai orang yang menyintai anda dan anda pun menyintainya.Ketepikanlah orang yang hanya anda saja menyintainya sedangkan dia hanya menganggap anda sebagai peneman hidupnya saja.
    ●Andai anda disuruh memilih menurut pilihan ibubapa,usahlah bimbang dan risau.Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya.Jika anda belum bertemu orang yang sesuai,tiada salahnya mengikut pilihan dan kemahuan ibubapa.
    ●Yakin dan tetapkan hati dengan pasangan yang anda pilih.Jangan mudah berubah hati hanya kerana anda rasa ada yang lebih baik darinya.
Jika anda masih belajar, tetapi masih takut-takut untuk kahwin muda bacalah artikelBerkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda yang penulis sediakan sendiri dari luahan hati penulis.
doa dapat jodoh

DOA DAPAT JODOH

Bacalah selepas selesai solat fardhu dan cuba amalkan juga pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia danakhirat. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan sentiasa berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Bagi anda yang nak buat solat istikharah bacalah artikel Istikharah Permulaaan Cinta,semoga artikel tersebut membantu anda dalam usaha mencari jodoh.
Sumber : harianislam

3 comments:

  1. Jodoh tu perkara terindah untuk kaum Adam & Hawa...dan jodoh kita adalah rahsia Allah...

    ReplyDelete
  2. Suka sngat baca kisah cinta yg dsertai dngan agama.. "Kalau Jodoh Pasti X Akan Kemana, Wlau Jauh mana Pun DIA Berada..." :)

    ReplyDelete
  3. btul tu..yg penting kne sabar.. ;)

    ReplyDelete