Monday, 15 April 2013

Dua pekerja ladang dibunuh kejam

SHAFIE menunjukkan bangsal tempat dua lelaki Indonesia mati dibunuh di Rantau Panjang dekat Sibu pada Jumaat lalu.


SIBU - Teka-teki seorang lelaki warga Indonesia mengenai dua rakan senegaranya yang tidak menjawab panggilan telefon terungkai apabila mereka ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau Panjang di sini Jumaat lalu.

Pemuda berusia 20-an yang pergi ke kawasan penempatan mangsa pada malam Jumaat lalu kemudian menemui kedua-duanya yang berusia 21 dan 27 tahun itu dalam keadaan terburai perut, muka dicincang dan kaki hampir putus.

Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai diserang dengan parang.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pemeriksaan mendapati mayat kedua-dua mangsa yang mati ngeri itu berada tidak jauh dari bangsal yang dijadikan penginapan mereka.

"Mangsa yang berusia 21 tahun ditemui dengan perutnya terburai manakala seorang lagi pula mukanya dicincang sementara kakinya pula hampir putus akibat ditetak.

"Kita percaya kedua-dua mangsa tersebut diserang oleh sekumpulan suspek ketika mereka sedang tidur dan maut sewaktu cuba menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment