Showing posts with label Pembunuhan kejam. Show all posts
Showing posts with label Pembunuhan kejam. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

Mahu tanam mayat Cinnang


Klang: Penyodok tanah yang ditemui polis berhampiran mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, mungkin petunjuk jelas dua suspek yang ditahan mahu menanam kanak-kanak itu.
Ahli keluarga terdekat mangsa yang mahu dikenali sebagai Al-Naziz, 19, berkata ada penduduk melihat dua suspek terbabit membawa peralatan itu di kawasan padang, tidak jauh dari mayat mangsa ditemui di Jalan Batu Nilai 1E, Bukit Tinggi, di sini. 
“Saya dimaklumkan beberapa penduduk melihat dua lelaki itu membawa penyodok di kawasan padang berkenaan,” katanya.

Suspek berusia 19 dan 24 tahun itu dipercayai membawa mayat Nur Amyliana atau lebih mesra dengan panggilan Cinnang menggunakan sebuah kereta bagi mengelakkan perbuatan mereka membunuh mangsa diketahui orang ramai.
Foto
SHAHRIZAT (tengah) melawat ibu mangsa Acha Kusain (kanan) di rumah mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Namun, hasrat untuk menanam mangsa terpaksa dilupakan apabila kawasan berkenaan menjadi laluan orang ramai dan dalam keadaan terdesak mereka hanya meninggalkan mayat mangsa di atas jalan di kawasan lapang berkenaan sebelum melarikan diri.
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Friday, 10 May 2013

'Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu'



'Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu'
Acha (kiri) gagal menahan rasa sedih apabila mengenangkan kejadian yang menimpa anak kesayangannya.
KLANG – “Mak jangan pergi dulu, biar Cinang pergi dulu.”

Demikian kata-kata terakhir Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, atau nama manjanya Cinang,  kepada ibunya, Acha Kusain, 31.

Menurut Acha, anak ketiga daripada tujuh beradik itu mengungkapkan kata-kata tersebut dua hari lalu.

“Saya tidak menyangka ia membawa maksud Cinang akan pergi buat selama-lamanya.  Ya... Cinang pergi dulu sebelum saya,” katanya sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.

Cinang ditemui mati dipercayai dirogol sebelum dibunuh di sebuah padang di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, kelmarin.

Mayat kanak-kanak itu ditemui seorang wanita yang melalui kawasan padang berkenaan, kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa ditemui terbaring berhampiran tempat parkir bas kilang di sini.

Sebelum itu, mangsa keluar rumahnya di Lorong Batu Nilam 1E, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Cinang tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu rumah terkunci dan kakak keduanya yang berada di dalam rumah tidak mempunyai kunci pendua.

Kanak-kanak itu terpaksa berada di luar rumah sementara menunggu kakak sulungnya pulang dari kerja di Kuala Lumpur.

Pada awalnya keluarga berkenaan menyangkakan Cinang keluar bermain namun semuanya meleset selepas gagal dikesan.

Gerakan mencari dilakukan serta merta oleh ahli keluarga dan jiran namun mereka dikejutkan dengan penemuan mayat mangsa.

Menurut Acha, Cinang  anak yang baik, peramah dan sentiasa mendengar kata.

Katanya, dia bersama suami, Mohd Noor Mustafa, 31, sentiasa menitik beratkan soal keselamatan anak-anak. Ini berikutan keluaga tersebut baru dua bulan tinggal di situ selepas berpindah dari Kuantan, Pahang.
“Jika Cinang pergi ke kedai, pasti ada peneman. Pagar rumah pula sentiasa berkunci.

“Ini kerana saya takut kejadian culik berlaku terhadap anak-anak saya. Bagaimanapun, ia tetap berlaku,” katanya.

Sekali lagi ibu kepada kanak-kanak malang itu gagal menahan perasaan sedih. Air mata terus mengalir.

Rakan dan anak sulung pasangan itu mententeramkan Acha yang sentiasa duduk di lantai bilik mayat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung penemuan mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan pada anggota badan. Bagaimanapun terdapat kesan pendarahan pada kemaluan mangsa,” katanya, semalam.

Mohamad berkata, siasatan polis mempercayai mangsa dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.

“Kita juga menemui penyodok tanah di kawasan berhampiran. Jarak rumah dengan lokasi mayatnya ditemui hanya 200 meter,” katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 24 tahun kira-kira jam 6 pagi, di kawawan berhampiran, semalam, untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Tuesday, 7 May 2013

Mayat bertatu dalam lombong



Mayat bertatu dalam lombong
Mayat lelaki dipercayai mati dibunuh sejak lima hari lalu yang ditemui di Kawasan Industri Bemban, kelmarin.
BATU GAJAH - Bau busuk menusuk hidung seorang penternak lembu berusia 80 tahun ketika menghalau haiwan ternakannya masuk kandang membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat dengan dawai, manakala badannya terdapat beberapa ukiran tatu.

Menurutnya penemuan mayat itu menyebabkan penternak berkenaan terkejut dan menghubungi polis dengan segera untuk memaklumkan kejadian.

"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.

"Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau memaklumkan, pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari.

Katanya, siasatan di tempat kejadian turut menemui beberapa ikatan dawai berukuran lebih kurang 50 meter panjang dan satu pita pelekat hitam lebih kurang tiga inci.

"Kita percayai barangan yang ditemui merupakan lebihan dawai yang digunakan untuk mengikat mayat berkenaan dan mayat mangsa kemudiannya dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan dengan objek tumpul. Selain itu, terdapat tiga kesan pukulan pada bahagian belakang kepala dan satu di bahagian dahi mayat itu," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa penemuan mayat berkenaan telah menjurus kepada satu laporan polis membabitkan kehilangan seorang ahli keluarga yang dibuat di Bidor, 1 Mei lalu.

Katanya, laporan dibuat oleh seorang lelaku berusia 44 tahun yang mengatakan adiknya, K Murugan, 37 tidak pulang ke rumah sejak jam 11.30 malam pada hari sama laporan dibuat.

"Ahli keluarga berkenaan telah dipanggil untuk membuat pengecaman berdasarkan tanda tatu pada badan mayat yang ditemui dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah serta IPD Tapah kini dalam usaha menjejak penjenayah terbabit dalam kes itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. Kepada sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ajit Singh di talian 05-362 9222," katanya.
Sumber : Sinar Harian
Reply To This Comment

Tuesday, 16 April 2013

Lelaki mati ditembak ketika bersarapan



MUTHAZAGAL mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki ketika sedang bersarapan di sebuah warung di Taiping, Perak semalam.



TAIPING - Seorang lelaki yang sedang menikmati sarapan pagi maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian yang turut disaksikan lebih 20 pelanggan di sebuah warung di Dataran Pasar, Simpang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, kejadian pukul 9.05 pagi itu mengakibatkan A. Muthazagal, 46, mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di belakang kepalanya.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa didatangi seorang lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang terus melepaskan tembakan.

"Suspek yang memakai baju T dan berseluar panjang itu kemudian melarikan diri ke seberang jalan dan menaiki sebuah motosikal jenis Yahama Ego berwarna hitam yang ditunggang oleh seorang lelaki lain," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Monday, 15 April 2013

Dua pekerja ladang dibunuh kejam

SHAFIE menunjukkan bangsal tempat dua lelaki Indonesia mati dibunuh di Rantau Panjang dekat Sibu pada Jumaat lalu.


SIBU - Teka-teki seorang lelaki warga Indonesia mengenai dua rakan senegaranya yang tidak menjawab panggilan telefon terungkai apabila mereka ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau Panjang di sini Jumaat lalu.

Pemuda berusia 20-an yang pergi ke kawasan penempatan mangsa pada malam Jumaat lalu kemudian menemui kedua-duanya yang berusia 21 dan 27 tahun itu dalam keadaan terburai perut, muka dicincang dan kaki hampir putus.

Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai diserang dengan parang.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pemeriksaan mendapati mayat kedua-dua mangsa yang mati ngeri itu berada tidak jauh dari bangsal yang dijadikan penginapan mereka.

"Mangsa yang berusia 21 tahun ditemui dengan perutnya terburai manakala seorang lagi pula mukanya dicincang sementara kakinya pula hampir putus akibat ditetak.

"Kita percaya kedua-dua mangsa tersebut diserang oleh sekumpulan suspek ketika mereka sedang tidur dan maut sewaktu cuba menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo
Reply To This Comment

Wednesday, 3 April 2013

15 peluru dendam

SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Mangsa, Bernard Ooi Poh Beng, 39, mati di tempat kejadian selepas enam daripada tembakan mengenai bahagian dada serta masing-masing satu di lengan kiri, ketiak kanan dan perutnya.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan jumlah kelongsong peluru serta cara tembakan dilepaskan, polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif kejadian.

"Mangsa dikatakan sedang dalam berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di blok satu flat berkenaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.


Foto

"Menurut saksi yang ditemubual, sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba berhenti berdekatan mangsa dan orang yang berada di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mangsa rebah," katanya kepada wartawan.


Menurut Abdul Razak lagi, polis menemui dua jenis peluru yang berbeza dan yakin suspek lebih daripada dua orang menggunakan dua senjata api berlainan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah.

Katanya, polis akan menyiasat latar belakang mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.


Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment

Tuesday, 26 March 2013

Mayat lelaki tanpa kepala



Mayat lelaki tanpa kepala
Orang ramai berdiri di sepanjang jambatan melihat polis menjalankan siasatan di lokasi mayat ditemui.

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di

kawasan itu.

“Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan reput. Kepalanya sudah tiada dan bahagian kaki serta tangannya tidak sempurna.


“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan. Ketika ditemui dia hanya memakai sehelai kain tanpa baju,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam.


Menurutnya, mayat lelaki terbabit dipercayai beradadi dalam sungai lebih kurang 10 hari sebelum ditemui berdasarkan keadaannya yang sudah reput dan berulat.


Hamdan berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan keputusannya hanya diketahui selepas menerima laporan bedah siasat.


“Sehingga kini kita masih belum mendapat petunjuk sama ada mayat yang dijumpai mempunyai kaitan dengan kepala tanpa badan milik warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di kuil di Ladang Coronation, 20 Mac lalu.


“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan diminta menghubungi polis dan datang ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pengecaman,” katanya.


Sumber : Sinar Harian 
Reply To This Comment

Monday, 25 February 2013

Maha kejam!

Temerloh: Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Ali Jaafar, 74, yang bekerja sebagai penjual madu mati akibat cedera di leher serta melecur di badan dan paha kiri manakala paha kanan hingga ke kaki rentung.
Kejadian disedari jirannya selepas melihat api marak membakar bumbung rumah serta sebuah bilik lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat serta BaIai Polis Lanchang.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba yang memeriksa rumah selepas memadam api, menemui mayat mangsa berlumuran darah di leher di depan pintu sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Foto
ANGGOTA bomba memadamkan api sebelum menemui mayat mangsa di depan pintu rumah.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa telentang di depan pintu rumah dengan beberapa kesan tikaman di leher manakala dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul.
Sumber : Harian Metro
Reply To This Comment