Wednesday 10 April 2013

‘Zaman awak dah berlalu’

Sandakan: “Zaman (Nur) Misuari sudah berlalu dan beliau tidak boleh mengugut Malaysia, tidak boleh memperkecilkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kononnya boleh memasuki Sabah dalam masa dua jam tanpa ditahan pihak keselamatan.

Ahmad Zahid berkata, ungkapan itu bukan bermaksud riak atau takbur, tetapi berdasarkan fakta dan pasukan keselamatan mempunyai tahap persediaan tertinggi bagi menghadapi apa saja ancaman.

“Oleh kerana Misuari pernah menjadi ketua gerila dan secara demokratiknya pernah menjadi Gabenor Mindanao, beliau harus bertanya adakah kehadiran beliau diterima bangsa Moro? 


Foto
SURAU Kampung Tanduo yang terletak berdekatan dengan pantai yang dulunya ditawan pengganas kini diduduki tentera bagi mengawal kemasukan pengganas atau penceroboh luar.

“Dalam kancah politik di Filipina, adakah dia diterima rakyat negara itu sendiri? Zamannya sudah berlalu,” katanya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan, di sini, semalam. 


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment