Tuesday, 2 April 2013

Yana Samsudin Mengaku Adik Farid Kamil Jumpa Keluarganya Yana Samsudin Mengaku Adik Farid Kamil Jumpa Keluarganya

Yana Samsudin

KUALA LUMPUR:Desas-desus percintaan pelakon Yana Samsudin dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mungkin benar apabila wanita itu mengesahkan bintang baru tersebut telah mengunjungi keluarganya di Johor.

Yana, 29, berkata Fadzil juga antara individu yang rajin untuk menemaninya ke mana-mana sahaja jika tiada halangan.

"Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu.
"Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, di sini, Isnin.

Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang.

Fadzil Zahari 
 
Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.
"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Dua Kalimah dan Adnan Sempit 3 pada pertengahan tahun ini.

Sumber : mStar Online

1 comment:

  1. wah apakah mungkin Yana bakal mengakhiri zaman solo beliau x lama lagi?

    ReplyDelete