Monday 15 April 2013

‘Tak payahlah bakar’

Kajang: “Dia nak curi, curilah, tapi tak payah bakar rumah kami,” kata ahli perniagaan, Zolkifle Ahmad, 53, yang kerugian lebih RM350,000 selepas kediamannya bukan saja dipecah masuk, malah turut dibakar dalam kejadian di Saujana Impian, di sini, awal pagi semalam.
Zolkifle bagaimanapun bersyukur ketika kejadian dia dan lima ahli keluarganya berada di kampung mereka di Ipoh, Perak sejak kelmarin.
Menurutnya, dia dihubungi jirannya kira-kira jam 4.40 pagi memaklumkan rumahnya terbakar, namun tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat sehingga dimaklumkan bomba yang memadamkan kebakaran berkenaan.

“Sebaik saja kebakaran berjaya dipadamkan, anggota forensik bomba memaklumkan terdapat kesan rumah saya dipecah masuk dan selepas memeriksa bahagian bawah rumah yang tidak terbakar, saya dapati beberapa barangan seperti komputer riba, barang kemas serta wang tunai pelbagai mata wang bernilai kira-kira RM5,000 lesap.


Foto
TINGKAT atas kediaman mangsa musnah dibakar penyamun.

“Suspek memasuki rumah melalui pintu belakang dengan mengumpil pintu jeriji dan juga tingkap sebelum menggeledah bahagian bawah dan kemudian membakar bahagian tengah tingkat atas yang memusnahkan seluruh bahagian atas rumah saya,” katanya kepada wartawan Harian Metro.


Sumber : Harian Metro

1 comment:

  1. macam perbuatan khianat jer... erks..kalau nak menyamun, samun jer lah..betul jugak...x payahlah bakar ye tak?

    ReplyDelete