Saturday 27 April 2013

10 peluru 2 di dada

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala ibunya cedera selepas ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion, Cheras, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, R Karikaalan, 29, memandu kereta Nissan Livina bersama ibunya yang berusia 60 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.
Mangsa yang terkena tembakan di bahagian dada disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 1 tengah hari.

Bagaimana pun, ibu mangsa yang terkena dua das tembakan pada lengan kanan masih dirawat di hospital sama dan dilaporkan stabil.
Foto
KESAN tembakan jarak dekat pada cermin kereta yang dipandu mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kejadian berlaku ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di bulatan berkenaan.
pirateman : Sekarang ni kes tembak menembak dah menjadi trend dah. Ade je kes, ape penembak ni tak takut undang-undang ke pe.. atau undang-undang yang tidak ketat??huhu
Sumber : Harian Metro

3 comments:

  1. o.o bad

    i follow you back
    visit my blog ^^
    www.luchluchcraft.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. perghhh, mcm dlm novel/drama/filem je. Tembak waktu lampu merah. dah ajal. apa boleh buat.

    ReplyDelete
  3. motiv sebenar tak pasti ke?..bahaya betul negara kita sekarang

    ReplyDelete