Gadis maut digilis lori
Keadaan mayat mangsa selepas digilis lori muatan aluminium di KM42 Jalan Klang - Teluk Intan, kelmarin. Gambar kecil : NOR FAZUHATUL HUSNA
 
SABAK BERNAM - Seorang gadis maut digilis lori setelah motosikal yang ditunggangi bersama sahabatnya bergesel dengan sebuah lori muatan aluminium di KM42 Jalan Teluk Intan - Klang, kelmarin.
Menurut saksi kejadian, Cheah See Koon, 39, pemandu lori tersebut yang sedang menunggu lampu isyarat di lokasi kejadian tidak menyedari kehadiran dua gadis terbabit sebelum menggilis seorang daripada mereka.

Katanya, dia segera berlari ke arah lori itu untuk memberitahu pemandu terbabit bahawa seorang gadis terjatuh daripada motosikal berdekatan dengan lampu isyarat tersebut.

“Ketika mangsa jatuh, dalam masa sama lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu berkenaan tidak menyedari mangsa berada di bawah lori dan terus menggilisnya.

“Pemandu itu betul-betul terkejut kerana dia tidak sedar kehadiran dua gadis berkenaan,” katanya.

Kata See Koon, pemandu terbabit terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Nor Fazuhatul Husna Sampol, 18, maut digilis tayar belakang lori terbabit.

Beliau berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas bersama sahabatnya, Nur Syafiqah Massuti, 18, yang patah tangan kiri akibat kejadian itu.

“Mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.


pirateman : aduishh..ngerinya..peringatan kepada semua pembonceng motosikal, silalah berhati-hati semasa nak mencilok kenderaan dekat lampu isyarat. sedih tengok kalau jadi macam ni.
 
Sumber : Sinar harian