Thursday 4 April 2013

Hari mengundi akhir April

Hari mengundi akhir April Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama barisan jemaah menteri bergambar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir sebelum Parlimen dibubar di Putrajaya, semalam. 
 
SPR dijangka anjak hari penamaan calon pada 13 April

Putrajaya: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.

Bagaimanapun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April, manakala pengundian 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh berkenaan adalah cuti hujung minggu. 


Tunggu surat Speaker


Mengikut peraturan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian, writ pilihan raya mesti dikeluarkan sekurang-kurangnya sehari, manakala notis empat hari sebelum penamaan calon. Kempen pula mesti diadakan sekurang-kurangnya 11 hari.


Sumber SPR memaklumkan, berdasarkan pengalaman sebelum ini pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1999 dan 2004, tempoh antara pembubaran dan hari penamaan calon ialah sembilan hari, manakala pada PRU 2008, masa yang diambil ialah 11 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya menunggu surat pemakluman daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum boleh mengadakan mesyuarat menetapkan hari penamaan calon dan tarikh pengundian.
Beliau menjangka SPR menerima pemakluman rasmi dalam tempoh beberapa hari akan datang selepas semua DUN dibubarkan.

Tempoh kempen 14 hari

Sementara itu, tempoh berkempen dijangka mencecah 14 hari berikutan ketetapan tempoh berkempen perlu diadakan sekurang-kurangnya 11 hari.

Mengikut rekod, tempoh kempen PRU 2008 ialah 13 hari, berbanding lapan hari pada PRU 2004 dan sembilan hari bagi PRU 1999. 


Sumber : Berita Harian

4 comments:

  1. x sabonyaaaa........ yeaaayyyyyy....

    ReplyDelete
  2. undi lah yg terbaik. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. yay! aku dah boleh mengundi dah hoho
    http://uwaisaminin.blogspot.com/2013/04/antara-bn-dan-pas-siapa-aku-pilih.html

    ReplyDelete
  4. Salam. Senarai peserta Segmen Apple Mints telah diupdate.. Sila semak ya ? :)http://syaza-applemints.blogspot.com/2013/04/senarai-peserta-segmen-apple-mints.html

    ReplyDelete