Tuesday 16 April 2013

Zizan Razak Sudah Jatuh Cinta, Tolak Wanita Seksi


Zizan Razak bersama kek sempena ulang tahun kelahirannya ke 29 yang disambut Isnin.

KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang begitu rapat dengannya.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, bagaimanapun berkata, dia masih lagi belum bersedia memberitahu wanita tersebut tentang perasaan hatinya itu.

"Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya.

"Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya," kata Zizan.

Zizan ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke 29 anjuran kelab peminat pelawak itu di Restoran Felda Villa di sini, Isnin.

Tambah Zizan, pada sambutan hari lahirnya itu, wanita tersebut turut menghadiahkannya sebuah telefon bimbit IPhone 5.

Awal Ashaari (kiri) turut hadir memeriahkan majlis ulang tahun kelahiran Zizan.
Ditanya apakah ciri-ciri yang membuatkan dia meminati pada wanita itu, kata Zizan, dia sukakan wanita yang bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi.

Mengenai sambutan kelahiran Zizan, pelakon itu berkata , ini merupakan sambutan yang paling menyeronokkan buat dirinya apabila para peminatnya menerusi 'Zizan Twitter Family' sanggup meluangkan masa untuk menggembirakannya.

"Saya tahu mereka (peminat) akan menyambut hari jadi saya, tetapi tak sangka semeriah ini.
"Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai para peminat yang sanggup bersusah senang melayari perjalanan karier ini," ujarnya.

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis hari lahir Zizan ialan Awal Ashaari, Johan As’ari, Emma Maembong, Caca Maembong dan Kaka.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dalam filem Bikers Kental, KL Zombie, KL Gangster 2 dan Tokan.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment