Sunday, 28 April 2013

Mayat hanyut 15km

Kuala Kangsar: “Saya terpandang susuk tubuh manusia terdampar di tebing sungai. Saya tak sangka ia mayat seorang gadis,” kata peniaga, Mohd Yunus Abd Hamid, 60, yang menemui mayat seorang daripada tiga mangsa yang maut dihanyutkan ‘kepala air’ di air terjun Sungai Tempias, dekat sini, petang kelmarin.
Junus mendakwa dia yang menyapu sampah berhampiran gerainya di Kampung Labu Kabung, di sini, terkejut terlihat objek menyerupai manusia terbaring di tebing sungai tidak jauh dari gerainya.

“Saya segera memanggil anak untuk melihat objek itu selepas berasa was-was sama ada ia manusia atau sebaliknya.
“Namun saya terkejut apabila melihat siku dan dan seluar dalam dipakai mangsa,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Menurutnya, dia segera memaklumkan kejadian itu polis dan bomba sebelum mayat mangsa dibawa naik dari tebing sungai itu.

“Saya sukar percaya mayat itu dihanyutkan lebih 15 kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Paya Lintah ke kawasan ini,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang lemas dihanyutkan `kepala air' di air terjun Sungai Tempias.
Mayat mangsa ketiga itu kemudian segera dihantar ke bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, empat remaja yang mandi di sungai itu dihanyutkan ‘kepala air’ di kawasan Sungai Tempias, Kampung Paya Lintah, di sini.
Dalam kejadian itu, dua beradik kembar, Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, dan Muhammad Khairul Azuan, 18, yang mandi di sungai turut dihanyutkan arus deras.

Muhammad Khairul bagaimanapun terselamat selepas berpaut pada dahan kayu manakala kembarnya, Khairul Safuan dihanyutkan arus deras sungai.

Mayat mangsa pertama, Muhammad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh, lima kilometer dari lokasi dia dihanyutkan.

Usaha mencari dan menyelamat dua lagi mangsa diteruskan anggota polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM3) sebelum mayat kedua, seorang gadis ditemui jam 10.30 malam kelmarin.
Sumber : Sinar Harian

1 comment: