PETALING JAYA: Aktres Nora Danish berasa kasihan terhadap aktor Rusdi Ramli yang dihimpit kontroversi gara-gara melakonkan watak berpelukan dengannya tanpa berbaju dalam satu adegan filem Mencari Cinta.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, sebagai seorang pelakon, dia faham dengan situasi Rusdi dan berharap agar pihak lain memberikan ruang untuknya bersendirian sehingga isu tersebut reda.
"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.
"Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang memperbesarkan isu ini.
"Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu," katanya.
Pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di e@Curve pada Khamis lalu.
Tambah Nora yang juga terkena tempias kontroversi yang sama, dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.
"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun.
"Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya.
"Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen," tuturnya.
Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.
Filem genre romantik yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd ini akan ditayangkan bermula 25 April ini.
Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan turut dilakonkan seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.
pirateman : aih Nora Danish "Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri". anda tahu tak walaupun mesra sebagai suami isteri di dalam lakonan sekalipun adalah haram walaupun anda tidak bogel. Inikan pula aksi-aksi yang macam ni yang boleh memberi pengaruh buruk kepada masyarakat.
Sumber : mStar Online
betul sangat tu . sorry la nak cakap sikit .. saya tgk nora sejak bercerai selalu bawak watak pmpn yang..... maaf ...
ReplyDeletehmmm, lain kali pilih lah watak yg okay sikit dan tak lebih2.
ReplyDelete