Wednesday, 24 April 2013

“Sikap Zain Mencabar Tahap Kesabaran Juri!” – Chef Jo

Siapa tidak kenal dengan aktor Zain Saidin bakal suami kepada si cantik jelita Rozita Che Wan.Baru-baru ini beliau telah menyertai sebuah rancangan realiti memasak yang cukup terkenal iaitu Masterchef Selebriti Malaysia 2 yang menampilkan artis terkemuka tanah air bagi mewakili badan kebajikan yang telah ditetapkan dan menarik ramai penonton setiap musim yang disiarkan.
ohartis.com-zain
Disebalik adegan memasak timbul satu kontroversi yang agak tidak enak didengar dimana aktor tersebut  telah menunjukkan tingkah laku yang amat tidak disenangi oleh ketua juri  dalam rancangan tersebut iaitu Chef Jo.
Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan  sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi  krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak. Amboi kereknya!
Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga  nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi,beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapuer dan minum dan buka digunakan untuk masak.
chef jo
Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong  dan memberi seribu satu alasan.
Pada pandangan Chef Jo, Zain cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi  keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini.
Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.
 Sumber : ohartis.com

No comments:

Post a Comment