Sunday 3 March 2013

Dua anggota keselamatan terkorban diserang hendap di Semporna

. 
















KUALA LUMPUR: Dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Beliau berkata, dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat 
serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam. 

Beliau bagaimanapun, tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti
anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui 
panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' 
di sini pagi ini. 

Hamza berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan 
penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan 
Sulu dari Filipina. 

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata, mereka terhad di 
Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara. 

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah 
terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar 
angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk 
mendapatkan pengesahan. - BERNAMA
Sumber : Berita Harian

2 comments:

  1. Malaysia sekarang da xaman sangat. mintak-2 laa semua selamat kat Lahad Datu . ^_^

    ReplyDelete
  2. yang terkini 5 orang telah terkorban di semporna selepas disahkan..

    ReplyDelete