New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.
Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.
Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.
Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.
Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.
Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP
pirateman : sesiapa yang ada barang-barang antik atau unik tu boleh la cuba bawak pergi kedai pakar..manala tahu anda boleh jadi jutawan sekelip mata..rezeki tu.. ;)
Sumber : Sinar Harian
rezeki bergolek r tu kalau tibe2 lak pinggan mangkuk kat rumah ni berharga jutaan ringgit...
ReplyDeletekalaulah..... ~start berangan!~
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
adeh... memangler antik...tapi nak wat apa yer beli memahal cenggitu... oh ok...jual balik dengan harga lebih mahal... heee....
ReplyDeleteHuhuhu...dlm dunia ni mcm2 benda leh jadik. Apa saja pun leh buat duit.
ReplyDeleteKalau aku jadi mamat tu kan, aku bagila 100 ribu USD ke 50 000 USD ke dekat pemilik awal mangkuk tu.Mesti serba salah kita dah untung lebih 2 juta tapi pemilik lama dapat tiga dollar je.
ReplyDeleteBy the way aku follow blog ni, kau follower 888 kot, no cantik tu.