KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.
Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.
Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
"Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam.
Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.
Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.
"Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
"Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.

Sumber : Sinar Harian
pirateman : "Itu hak saya"..di dunia ni boleh la kita nak cakap macam tu..jangan lupa yang kita ni cuma pinjam je hak milik Allah.. Orang tegur kita kena la terima dan cuba perbaiki.. bukan ape, nanti kalau kita dah meninggal dunia, orang di sekeliling kita juga yang akan tolong menguruskan jenazah kita.. ini untuk peringatan diri saya sendiri terutamanya selain dikongsi bersama ;)
nice blog...cute je...sejuk mata memandang.heheh
ReplyDeletehurmmm erkkkk x kan dia nak jwb mcm tu gak dm kubur nnt huhu...adik-beradik dan mak dia pun pakai tdg..awat depa x nsht che ta ni ye ^^
ReplyDeletePatut kena bersyukur sebab ada orang yang masih nak tegur kita ke arah kebaikan .
ReplyDeletesalute habis kalau one day after dorang kawen, Zain dapat ubah dia. Amin.
ReplyDeleteseksi tu mmgla hak awk, rozita che wan tapi teguran masyrakat tu adalah hak & tanggungjawab sesama islam. smga satu hari nnti cik ta berubah
ReplyDeleteHak menegur, hak kami!! Hihi :D
ReplyDeletetula..moge2 die peroleh hidayah lepas ni..aminnn..
ReplyDeleteMakcik ni memang dari dulu seksi. Seksa I tengok =.="
ReplyDelete